09 Jun 2010

Berendam Di Taman Tema Air Laman 3 Budaya

Aku seharusnya bersama keluarga adik aku di taman tema yang dicadangkan oleh adik aku. Dia nak sambut hari jadi anaknya disini..Aku , isteriku , aishah dan khalif bertolak terus ke sana kerana dia berjanji nak berjumpa disana sahaja kerana dia akan bertolak dari Muar. On the way , kami call dia untuk confirmation , tapi dia kata tak jadi, kena aku dan keluarga aku sahaja berendam disana yang tidak pernah kami sampai..

Dalam pukul 11 lebih kami sampai disana , sunyi aje..tanya penjaga dia , dah beroperasi ke...dia kata dah..aku tinjau2 dulu dari luar..ada orang sedang membersih kolam tersebut..selepas tu aku kata ok , kita masuk..isteri aku mengambil barang2 yang perlu untuk dibawa masuk,
khalif dan aishah mengikut dari belakang...

Mula..aishah masuk kedalam kolam ditemani oleh aku...khalif pergi tukar pakaian lepas tu..tengoklah gambarnya...betapa enjoynya kami...ialah kami sekeluarga aje...tambahan pula , lifeguard yg ada pun peramah melayan kami.




















Kenapa laman 3 budaya...sebab dekat dengan NS , Johor N Melaka... kawasannya dekat sempadan 3 negeri...Air Terjun Sagel....Itulah ketentuanNya, kami dapat enjoy sekeluarga sehingga pukul 12 lebih sebelum pengunjung lain datang....

...

07 Jun 2010

Sukan PASTI Melaka di Hutan Rekreasi Ayer Kroh

Sekolah Aishah At-Taqwa 2 , yang menang di Sukan PASTI Alor Gajah telah terpilih untuk mewakili kawasan Alor Gajah bagi Peringkat Melaka. Mulanya Aishah hanya dipilih sebagai pemain simpanan aje kerana tempatnya dijangkakan akan diambil oleh pemain daripada sekolah PASTI lain. Aku dan isteri tak kisah kerana Aishah baru 5 tahun , tahun depan dia berpeluang lagi. Atas sebab teknikal , Aishah disenaraikan sebagai pemain bukan sebagai simpanan.

Menariknya sukan PASTI peringkat Melaka ini , diadakan perbarisan bagi setiap pasukan yang mewakili 6 kawasan Parlimen , iaitu Alor Gajah , Masjid Tanah , Bukit Katil, Jasin , Kota Melaka dan Tangga Batu. Memang teruja melihat kelitah pelajar2 kecil PASTI ni melakukan pembarisan.

Keputusannya tidak memberangsangkan bagi sekolah PASTI At-Taqwa 2 , yang mewakili kawasan Alor Gajah , Bola Jaring kalah diperingkat kumpulan dan bola sepak tempat ke-3. Ibu bapa yang nampak frust , anak2 tengok ok aje...Aishah performancenya cemerlang dalam pertandingan tersebut berbanding sebelum ini...entah mengapa pemain-pemain tak perform seperti di peringkat Alor Gajah hari tu...Macam pemain2 dewasa juga...kadang2 ok , kadang2 tidak..tapi performance pasukan2 lain memang excellent...

Asihah ada tahun depan untuk mencuba...aishah tak kisah pun ..lepas bermain dia "menenangkan fikiran" di batu2 yang berbentuk binatang purba di zaman dulu....

Aku , isteri , aishah dan along sarah (anak buah aku yang kebetulan datang ke rumah aku) terus ke rumah kenduri orang kahwin on the way nak balik rumah...letih betul rasanya sukan kali ni , tidak seperti di peringkat kawasan dulu...mungkin sebab kalah kot...itulah teori aku dan isteri ku...hahahahha...Itulah ketentuanNya....

01 Jun 2010

Tuan Lembu Yang Lembu

Sakit hatiku apabila sampai aje di pintu pagar kebun aku, begitu banyak najis lembu yang bersepah didalam kebun ku. Hilang rasa sabar , walau pun aku sebelum tu sentiasa menahan sabar...tapi hari ni aku hilang sabar...aku menjerit...isteri aku hanya diam aje..mungkin dia tahu aku kecewa melihat keadaan tersebut...aku tak salahkan lembu2 tersebut tapi tuan lembu yang menjadi lembu,..kebun telah berpagar...aku dimaklumkan terdapat pintu pagar kawanku yang bersebelahan dibuka untuk membenarkan lembu2 tersebut masuk....

Pernah terfikir untuk meletak aje racun2 tikus dalam kebun aku, tapi mengenangkan binatang2 tersebut milik org kg tersebut...dan nasihat daripada kawan aku...aku lupakan aje..


Mana aku tidak marah...habis pokok2 aku yg baru aku tanam habis dimakan oleh binatang2 tersebut..sampaikan aku terpaksa menyorok pokok2 yg baru aku tanam dalam longgokan ranting2....


















Hari ni aku tanam pokok durian yang benihnya aku dapat dari jiranku yang mendapat benihnya dari sarawak...harap2 tidak dihancur oleh binatang2 tersebut...terpaksa juga aku sorokkan dengan ranting2 pokok...

Pelik juga aku...apabila tuan lembu menjadi lembu...tambahan pula kalau lembu2 tersebut dijual untuk dibuat korban atau aqiqah...Aku rasa kita perlu berhati-hati apabila hendak membeli lembu atau kambing untuk buat korban atau aqiqah...lebih baik beli binatang2 tersebut yang dikandang...bukannya lepaskan begitu sahaja...takut nanti dimakan maki hamun orang seperti aku...Tapi yang pentingnya semua itu adalah ketentuan yang boleh diubah dengan usaha...