27 Februari 2011

Pondok Kecil Bernilai RP 17,414,125

As salam, pondok kecil kat kebun aku ni , baru siap dalam 3 minggu lepas. Aku upah orang buat...kalau aku buat..reban ayam pun tak jadi...Kosnya boleh tahan juga sebab lari banyak daripada budget aku....macam tu lah bila orang tak ada duit...kalau ada duit , tak ada masaalah...Yang bestnya ,pondok tu 2 tingkat , di atas tempat beristirehat , kat bawah tu aku jadikan dia stor , walau pun boleh melepak juga...

Perancangan nak buat pondok ni supaya senang aku dan isteri ke kebun bawa aishah, kalau tidak susah betul nak ke kebun, nak tinggalkan kat rumah... sorang2...bila bawa ke kebun mcm2 hal....Pondok ni asalnya bangsal getah dulu , masa aku beli tanah ni dah ada...sebab tu bawah dia batu...tapi dinaikkan ke 6 kaki supaya boleh masuk kedalamnya...aku tambah diatas lagi dengan kayu..jadilah 2 tingkat...

Aku memang rancang nak buat tinggi , sebab takutkan benda2 yang tak diundang ..hehehehe..Jadi weekend ni aku n keluarga habiskan dikebun le...mengemas...bapa n emak mertua aku pun ikut tolong.....terima kasih...




Aishah dengan PVP dia...dekat tingkat atas..

Kayu2 rencah dan anak2 pokok dibakar....
Sementara menunggu kayu rencah dibakar..aku menjirus racun anai-anai kat pokok2...
Tengah bancuh racun anai2..
2 ahli bomba tak bertauliah...pastikan api padam sebelum balik...musim panas katakan...
Permandangan dari atas pondok...
Itulah pondok kecil aku.....lepas ni boleh le aku melepak lama2 di kebun....aku rancang nak tambah pokok kelapa dan pokok limau "sambal" ( limau kasturi ). Daripada dibiarkan tanah kosong baik aku tanam sesuatu..... Lagi pun kosnya tak le berapa tinggi, pokok limau harga sepokok RM 3 , benih kelapa aku ambil dari rumah mertua...Aku dah mula tanam 4 pokok kelapa dan 2 pokok limau..Insya'Allah akan di tambah lagi..Harap2 perancangan aku ni menjadi le...oh ye...pokok jering dah pun berbuah...buah mula...sempat juga bersedekah kat jiran2..Alhamdulillah....tapi jering pun dah ada harga...RM3-5 sekilo....Bila le pulak pokok durian nak berbuah...?????????



11 Februari 2011

Jalan Di Penang Road

As Salam,

2010 seperti tahun melawat Malaysia untuk isteri dan anak aku aishah, dr utara , selatan hinggalah ke Malaysia Timur , Sabah. Mungkin rezeki mereka tahun lepas....tahun ni belum tahu lagi...Bulan Disember 2010 yg lepas aku mempunyai urusan di Penang. Ingatkan nak pergi sorang aje , tapi tak seoronok pulak , lagi pun sementara Aishah tak masuk sekolah lagi....So aku bertiga ke Penang , dari Melaka kami singgah di kampung semalam sebelum ke Penang esok tu...Letih nak memandu terus....

Pengalaman naik Feri adalah pengalaman baru bagi Aishah..... Kami stay di Hotel murah aje , tak ada sponsor..hahahaha..tapi yang pentingnya dekat dengan Penang Road.....Sementara aku dengan urusan aku , aishah dan isteri aku "melawat" Penang Road.....Itulah kerja mereka selama 3 hari disana...

Dalam Feri , on the way back to Perak .
Simpang "Segitiga" , Restoren Nasi Kandar dah tutup , tapi aishah dan Umi 2x "melawat" "Line Clear"
Batu Memorial , tanda "Tram" pernah lalui kawasan ini , pada zaman dulu.


Panggung Odean masih ada , tapi semua filem hindustan kot....


Memborong jeruk ......

Laksa dan Teh Tarik tak boleh renggang di sana...mesti rasa...


Tengah tunggu samosa.....

Letihnya panjat tangga...nak ke Komtar...

Berehat sekejap...

Kalau nak beli baju , kena masuk kedai yang kat dalam...murah sikit.....

Komtar tak seperti dulu.....

Dahulu memang seronok kat Penang Road ni, tapi aku tengok kemeriahannya dah kurang sikit..mungkin sebab dah banyak shopping kompleks kot....Aku pernah buat pratikal di Motorola Penang dulu...memang meriah masa tu...makan kat lorong2 aje....pernah juga tengok wayang kat panggung Odeon dulu...masa meriah dia la...la ni.....Tapi it still worth datang ke sini terutama kepada mereka yang kaki makan.....Insya'Allah kalau ada rezeki , bulan jun ni aku ke sana lagi....