22 April 2011

PASTI AT-TAQWA 2 Taman Mutiara Johan Bola Sepak & Bola Jaring Peringkat Alor Gajah

Assalamualaikum,

Pada Ahad lepas , 17/April/2011 , bertempat di padang sekolah Al-Munawarah telah berlangsung perlawanan bola sepak dan bola jaring peringkat Alor Gajah untuk sekolah PASTI. Seperti biasa pertandingan berlangsung dengan sengit dan menarik , tapi yang lebihnya penyokong2 pasukan...ibubapa dan keluarga...

Tahun lepas PASTI AT-TAQWA 2, telah memenangi kedua-dua kategori ini. Tahun ni tidak banyak PASTI yang menghantar pasukan , tidak seperti tahun lepas. Macam mana pun perlawanan tetap menarik.

Johan bagi kedua-dua kategori ini akan mewakili Alor Gajah ke kejohanan peringkat negeri yang akan berlangsung pada 28/5/2011. PASTI yang akan mewakili Alor Gajah untuk kategori bolasepak adalah AT-TAQWA 2 dan untuk kategori bolajaring adalah AT-TAQWA 2. Nampaknya PASTI AT-TAQWA 2 ni meneruskan tradisi mereka...Tahniah...


Sedang "Warm-up" sebelum turun ke padang...

Pasukan Bolasepak AT-TAQWA 2 sedang "warm-up"

Beratur untuk ke padang...

"Top Scorer" AT-TAQWA 2 - Masuk ke tidak ni..........

"Times-up"...sapa yang menang..
.
" Penyokong2" AT-TAQWA 2

Bersiap Sedia Untuk Pertandingan Penentuan Juara

Pelajar PASTI dididik menghormati satu sama lain..bersalam sebelum perlawanan

Penjaring terbanyak kategori bolasepak

Penjaga Gol terbaik kejohanan

Keputusan Perlawanan Bolajaring....Tak sia2 berlatih setiap hari...

Keputusan Perlawanan Bolasepak...tengoklah....


PASTI AT-TAQWA 2 Johan Bolajaring Peringkat Alor Gajah


Apa yang menarik melihat anak2 ini bersukan...tak perlu berseluar pendek atau ber"skirt"..mereka masih boleh bersukan dan menunjuk prestasi yang baik...KATA NEGARA ISLAM ??????

06 April 2011

FlashBack Kem PPH Ulu Kinta

Assalamualaikum...

Aku pernah tinggal di PPH Ulu Kinta atau sekarang ni dikenali sebagai Kem PGA. Lama juga kami sekelarga tinggal disana , lebih kurang 17 tahun. Lepas arwah bapa aku pencen , kami balik ke kg. Memang seronok tinggal disana , banyak kenangan disana. Suasana di kem bergantung kepada musimnya..kalau musim main bola, banyaklah perlawanan persahabatan dijalankan antara blok, kalau musim hoki , habislah pokok ubi dan buluh ditarah untuk menjadi kayu hoki, musim raya pula "bergaduh" antara blok dengan mercun dan roket....memang meriah tinggal disana , ramai orang. Tapi masa aku masuk ke Kem , suasananya nampak hambar.....senyap sunyi.... .keadaannya juga tidak "sebersih" seperti dulu....Dimaklumkan terdapat kerja2 meng"upgrade"kan flat2 ini...2 rumah dijadikan 1....memang menarik lah macm tu...rumah akan jadi 4 bilik yg "besar".

Kalau ikut sejarah keluarga aku , kami tinggal disana semenjak tahun 1966 lagi...aku dilahirkan di rumah yang kami mula2 masuk hinggalah bapa aku pencen...tak pernah pindah rumah...

Di Flat inilah kami tinggal semenjak 1966 , dihadapannya ada satu lagi blok yang pisahkan dengan padang....Padang yang banyak aktiviti dijalankan , kenduri orang kahwin , main police sentry , roundes , bola, hoki , lumba lari. Pernah sekali anak2 blok disana dia orang buat track dengan anak2 batu yang diambil dari tempat kontrak flat2 komando (VAT69)yg. sedang dibina. Kreatifnya anak2 dulu. Lepas tu buat pertandingan lumba lari..memang best...gelangan badmintonnya juga disana.... Banyak sangat kalau nak diceritakan...belum lagi "taman batu" yang banyak cerita yang seram...
Dahulu tempat ini adalah pasar , dan disebelahnya ada pokok jering yang besar yang menyeramkan...kalau nak ke "jamban" terpaksa mengadap kawasan ini...hahahaha...sekarang dah ada gerai...katanya dipanggil "Danok" entahlah....


Ini adalah pandangan klinik yang terletak dibelakang kem dan diatas bukit...banyak juga cerita2 sensasi dari klinik ni....semuanya menakutkanlah....Gambar diambil dari dalam kereta sebab hujan....tapi masa ambil tu...sunyi aje...mcm dah tak guna lagi....tak tahulah....


Kebanyakan anak2 polis zaman aku ni bersekolah rendah di sekolah rendah kebangsaan ulu kinta yang terletak tak jauh dari kem ni atau sekolah methodish tg rambutan. Aku bersekolah di sekolah methodish tg rambutan.... Naik bas samada bas biru atau merah...2 rivals yang selalu bersorak bila bertemu....kadang2 pemandu pun terpeganruh dengan gelagat kami, budak2... suruh bawa laju2....hahahaha..

Pekan Tg Rambutan adalah tempat syurga membeli belah selain yg utama iaitu bandar Ipoh. Kalau dapat duit raya , pekan tg rambutan le tampat beli sakan...mak bapak aku beli barang di pekan ni sebulan sekali...nak makan rojak mamak sedap disini juga...

Tak banyak perubahan pada sekolah Kebangsaan Methodish Tg Rambutan...Padang kecil yg ada disini...Aku lihat sekolah ni kawasannya menjadi lebih kecil...temapt perhimpunan dibelakang church dah tak ada lagi..churh nya sahaja kelihatan lebih cantik..?????<><^&^%*
Ini antara perubahan kecil yg aku perasan...Mungkin tempat perhimpuanan kot..
Ini juga saya perubahan....
Bangunan dihadapan ini juga tiada perubahan besar...

Antara temapat menjadi perhatian...stesen keretapi dihadapan sekolah...setiap kali keretapi lalu..guru kena berhenti mengajar....kalau masa darjah satu sibuk nak tengok keretapi...lepas tu kena denda...hahahaha...

Pekan Tg. Rambutan juga tak akan aku sesat....Arwah mak dan bapak aku pernah berniaga dihujung kedai tu suatu masa dahulu...Pekan Tg Rambutan....
Gambar diambil dari Masjid Di Batu 8, dahulu tak ada masjid ni....Singgah sembahyang...

Sebenarnya banyak kenangan di dua2 tempat ni....aku juga mencari kawan2 yang pernah mengharungi kenangan ni ber-sama2...ada kawan2 yg masih mempunyai keluarga disini...Insya'Allah jika diberi peluang..aku akan melawat kesini lagi...Jika itulah ketentuanNYA...

Buluh Madu Dari Planet

Assalamualaikum...

Aku masih ingat lagi semasa di sekolah di dalam satu acara perdebatan, sorang daripada ahli debat berhujah "anak cacat dikatakan makhluk alien"...maaf jika ada yang terasa...tapi apa yang dia ingin katakan adalah kanak2 yang cacat bukannya "alien" tetapi adalah sifatnya yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin...ini tidak , bila sesuatu itu pelik terus dilabelkan sebagai "alien." Redha kepada ketentuanNYA....


Akibat dihempap tayar....Rebung jadi macam ni....

Rebung atau buluh yang tak menjadi ini adalah disebabkan dia di"hempap" tayar.....jadi tak perlulah di letak tayar dikeliling pokok buluh madu, takut2 jadi seperti dalam gambar diatas dan mengurangkan pengeluaran rebung. Tapi tadi aku lihat dah ada keluar tunas buluh...mungkin masih akan jadi buluh kot....Itulah ketentuanNYA....