Aku sebenarnya tak pasti apa tajuk yang aku nak letakkan jadi korang jangan marah kalau apa yang aku nak tulis ni tak ada kaitan dengan tajuk diatas. Aku memang minat menonton rancangan Discovery Channel di Astro. Rancangan Deadliest Catch , Gold Rush dan Swamp Loggers adalah antara rancangan kegemaran aku. Kadang aku rasa dah lebih daripada sekali aku tengok episod tersebut. Sekarang ni dah menjadi bahan gurauan isteri aku untuk melihat Deadliest Catch - Tangkap ketam. Berebut remote control dah menjadi kebiasaan dengan Aishah.
Aku rasa banyak yang boleh dipelajari daripada rancangan-rancangan tersebut. Aku begitu tertarik dengan etika yang ada pada penangkap-penangkap ketam dan penebang-penebang balak. Kalau kita perhatikan penangkap-penangkap ketam ini mengikut undang-undang yang ditetapkan. Mereka akan melepas semula ketam-ketam yang tidak memenuhi saiz yang dibenarkan(ketam2 kecil dilepaskan semula) , begitu juga ketam-ketam betina akan dilepaskan supaya ketam2 tersebut tidak pupus. Tapi cuba kita lihat dinegara kita. Anak-anak ikan pun habis disauknya walaupun kadang-kadang tidak dimakan pun. Begitu juga bagi pembalak-pembalak yang hanya menebang pokok-pokok yang dibenarkan sahaja - tiada pembalakan haram.
Aku teringat dengan 1 episod yang baru aku tonton , apabila kelasi kapal tersebut memberitahu bahawa kerja menangkap ketam ini bukan mudah , jadi kepada mereka yang sedang belajar , belajarlah bersungguh-sungguh supaya tidak perlu bekerja seperti mereka. Pekerjaan yang merbahaya kerana terdapat kapal2 yang tenggelam dilambung ombak malah ada yang mati.
Selain daripada teknologi-teknologi yang digunakan menarik perhatian aku. Aku juga tertarik dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh mereka didalam rancangan yang aku tonton. Ribut , taufan dan kadang-kadang hasil yang tak berbaloi tetap mereka tempoh dengan tabah. Bagi pencari emas mereka terpaksa tinggalkan keluarga mereka dan ada diantara mereka menjual harta mereka semata-mata untuk melabur dalam pencarian emas. Pelaburan yang tidak pasti pulangannya. Jauh nun di Alaska.
Memang banyak perkara yang boleh dipelajari daripada rancangan-rancangan yang aku tonton. Sungguh menarik bagaimana filem ini dirakamkan, aku pasti crew filem ini juga menghadapi kesusahan yang lebih daripada "pelakun-pelakunnya".Ia seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada anak-anak muda yang manja , lembik , tidak boleh ditegur dan tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja. Teknologi yang digunakan juga mungkin boleh dipelajari walaupun kadang2 memang outdated.