23 Oktober 2013

Pokok Cempedak

Lama juga aku tak mencatatkan sesuatu didalam blog aku ni. Banyak yang nak ditulis tapi masa yang tidak menentu. Aktiviti aku kat kebun pun kadang-kadang terganggu juga. Kebelakangan ni aku sempat juga menjenguk ke kebun. Pokok-pokok sedang berbunga , rambutan , manggis dan durian ( kali kedua berbunga - sebelum ni nak melekat bunga dia - harap2 kali ni dapatlah merasa buahnya ). Kalau berkesempatan aku akan ambil gambarnya nanti.

Pokok limau kasturi nampaknya menggalakan - buahnya banyak juga dan kali ni aku biar saiznya ke maksima. Tambahan pula aku baru aje beli baja buah RM160 untuk 50 kg.

Kat sini aku letakan gambar pokok cempedak aku aku baru hidupkan. Ada 3 batang semuanya. Harap-harap menjadilah dan tidak di ganggu perosak utama iaitu babi hutan dan monyet. Dulu aku ada cuba tanam sebatang tapi mati sebab serangan babi hutan.

Sekarang ni aku kena guna tayar kereta dan plastik pagar hitam dan batang-batang pokok limau yang berduri untuk menggelakkan dari 2 musuh utama tu.

Tengok ajelah macam mana aku "balutkan" pokok cempedak aku dengan "perisai pelindung". Hahahaha...




Aku tanam pokok cempedak sebab aku hanya ada 2 batang pokok cempedak aje di kebun dan yang galak mengeluarkan hasil hanya sebatang . Cempedak sekarang harga dia boleh tahan juga dalam RM 5/kg. Kalau buat goreng memang sedap makan begitu pun ok juga.

14 Mei 2013

Projek Limau Kasturi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni post aku berkenaan dengan Limau Kasturi. Aku sekarang tengah menjalankan projek Limau Kasturi II . Sebelum ni aku dah jalankan projek menanam pokok limau kasturi , dan nampaknya hasilnya tidak menghampakan. Bukan hasilnya tapi gangguan daripada hamba2 Allah yang lain.

Aku meneruskan dengan projek Limau Kasturi II sebab ,

1. terdapat ruang2 kosong yang boleh aku manafaatkan.
2. kos pokok yang murah - RM10 untuk 3 pokok . Kalau tak menjadi ,
    tidaklah rasa rugi sangat .
3. kurang gangguan daripada monyet dan babi hutan.
4. pokok jenis renek - tak besar.


Mengapa limau kasturi?  ( http://kebunlimau.blogspot.com/p/cara-menanam-limau-kasturi.html)

i   Ia mengeluarkan buah pada tahun ke dua. 

    Cuma dalam  masa 4 tahun ia berbuah banyak.
ii  Pokok limau kasturi boleh bertahan selama 12 tahun.
iii Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan 
    tanaman lain.
iv Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jus limau, 
    pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.
v  Jika anda menjualkannya secara sendiri dan tidak melalui orang 
    tengah hasilnya amat menggalakkan sekali.

Tapi aku tanam bukannya nak buat duit tapi lebih kepada kepuasan.

Setakat ni aku dah tanam 12 batang ( yang sedia ada kat kebun tak salah aku dalam 14 batang ) dan aku akan teruskan berapa yang mampu aku tanam. Aku akan buatkan lubang dulu kemudian baru aku beli anak benihnya , aku tak nak terlalu "excited" beli anak benih banyak2 lepas tu tak bertanam. Slow and steady kata orang. Hahahaha...

Anak benih pokok limau kasturi dalam bakul motor  yang nak dibawa ke kebun.

Khalif juga membantu , senang sikit kerja aku.

Lubang pokok limau kasturi yang telah siap aku sediakan seminggu sebelum tanam

Anak pokok yang telah siap ditanam

Aku bercadang nak tanam pokok limau kasturi sepanjang pagar kebun aku.
Apa khasiat Limau Kasturi ????

1 . Ubat batuk
2 . Ubat demam
3. Ubat ketiak
4 . Ubat pening kepala
5 . Ubat lelah
6 . Ubat kurus
7 . Ubat kelemumur
8 . Ubat hilang minyak pada baju
9 . Ubat wangi rambut
10 . Ubat kilatkan cermin mata

Nak tahu lebih lanjut , pergilah kat blog ni , 

Sabtu dan Ahad ni mungkin aku akan ke kebun lagi , nak tengok pokok-pokok yang telah ditanam dan nak meneruskan projek Pokok Limau Kasturi II ni....Doakan semoga berjaya. Amin.


07 April 2013

Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama dah aku tak menulis dalam blog ni , masa membatas aku untuk "posting" artkel baru. Tajuk diatas macam tunggu sesuatu yang penting aje.

Sabtu lepas aku ke kebun , dah lama juga tak kesana , sahaja nak jenguk-jenguk kebun yang tak jauh dari rumah aku. Isteri aku pesan belimbing buluh. Aku mengambil kesempatan untuk menghantar tong racun ke kebun supaya senang untuk aku menggunakannya nanti.

Perkara pertama yang aku tuju bila samapi ke kebun ialah pergi ke pokok belimbing yang ada 2 batang kat kebun aku tu. Alhamdulillah ada buahnya , memang musim dia.

Lepas tu aku pun "start" le "round" dari satu pokok ke pokok yang lain. Teringat pulak kat pokok durian yang hari tu ada berbunga tapi gugur bunga dia sebab cuaca kot. Tengok2 kat atas tak ada , rupa2nya banyak bunga didahan bawah. Huh bestnya , itu le yang ditunggu dah tiba , kena tunggu lama lagi. Kalau ada rezeki dapatlah rasa buah sulung durian dari kebun aku.Itulah ketentuanNYA.

Bunga Durian Pada Dahan Pokok

Kalau semua menjadi ni , mau "sekah" dahan ni.






Alhamdulillah , banyaknya putik manggis

Yang tersorok pun ada...


Apa yang nak seronok sangat. Nak makan durian berlambak kat pasaraya. Tapi kalau dari usaha sendiri memang terbaik. Tanyalah mereka yang berkebun , kepuasan berkebun adalah bila melihat hasilnya. Bukan nak makan banyak pun , dapat rasa dari hasil sendiri memang satu kepuasan.

Lepas tu"start" jengok pokok-pokok manggis pula. Satu lagi kepuasan , satu daripada pokok manggis yang ada di kebun aku berbuah lebat juga. Harap2 adalah rezekinya.

Sekarang ni aku nak tunggu pokok duku langsat pulak berbuah. Bila le agaknya....

10 Januari 2013

Belalai Gajah Atau Snake Grass

Assalamualaikum, lama rasanya dah tak update blog ni. Sibuk sikit , ide banyak yang nak ditulis tapi masa , irulah ketentuanNYA. Untuk post yang ini aku nak sentuh sikit pasal tumbuhan yang bernama Belalai Gajah Atau Snake Grass. Katanya mujarab untuk sakit kanser. Penyakit antara yang orang takuti. Apa salahnya mencuba , yang menentukan Allah SWT.




Pokok ni diperkenalkan oleh Abang ipar aku pada keluarga kita orang. Dia pun dapat daripada kawan dia berketurunan China. So sekarang ni aku pun dah tanam kat rumah. Bukan susah nak hidupkan dia , ambil batang dia dan cucuk kat tanah.


Cara makan dia yang aku tahu ambil daun dia dan di"blend" dengan epal hijau. ( pastikan kulit epal tu dibuang). Minum le air dia tapi tak boleh disimpan air tu , terus minum selepas "blend". Bilangan daun tu bergantung kepada "serius"nya penyakit kita. 
Ada juga orang yang keringkan daunnya dan diminum seperti teh. Ada yang menjualnya dalam bentuk teh.Tapi ingat "minuman" ni akan menyebabkan badan jadi panas. 
So berhati-hatilah sikit kalau makan ubat-ubat lain seperti biji appricot atau ubat hospital.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi cubalah tanya pakcik Google. Banyak blog dan laman web yang membincangkan tentang pokok ni.
Dulu aku ada biak kan dalam "polybag" . Aku bagi pada kawan-kawan semoga dipanjangkan kepada yang memerlukan. Mana tau boleh membantu mereka yang mempunyai penyakit ni. Lagi pun kawan abang ipar aku tu cakap jangan dijual.
.
Mudah Ditanam. Dalam pasu bunga pun boleh.

Ini lah rupa daunnya.