07 April 2013

Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama dah aku tak menulis dalam blog ni , masa membatas aku untuk "posting" artkel baru. Tajuk diatas macam tunggu sesuatu yang penting aje.

Sabtu lepas aku ke kebun , dah lama juga tak kesana , sahaja nak jenguk-jenguk kebun yang tak jauh dari rumah aku. Isteri aku pesan belimbing buluh. Aku mengambil kesempatan untuk menghantar tong racun ke kebun supaya senang untuk aku menggunakannya nanti.

Perkara pertama yang aku tuju bila samapi ke kebun ialah pergi ke pokok belimbing yang ada 2 batang kat kebun aku tu. Alhamdulillah ada buahnya , memang musim dia.

Lepas tu aku pun "start" le "round" dari satu pokok ke pokok yang lain. Teringat pulak kat pokok durian yang hari tu ada berbunga tapi gugur bunga dia sebab cuaca kot. Tengok2 kat atas tak ada , rupa2nya banyak bunga didahan bawah. Huh bestnya , itu le yang ditunggu dah tiba , kena tunggu lama lagi. Kalau ada rezeki dapatlah rasa buah sulung durian dari kebun aku.Itulah ketentuanNYA.

Bunga Durian Pada Dahan Pokok

Kalau semua menjadi ni , mau "sekah" dahan ni.






Alhamdulillah , banyaknya putik manggis

Yang tersorok pun ada...


Apa yang nak seronok sangat. Nak makan durian berlambak kat pasaraya. Tapi kalau dari usaha sendiri memang terbaik. Tanyalah mereka yang berkebun , kepuasan berkebun adalah bila melihat hasilnya. Bukan nak makan banyak pun , dapat rasa dari hasil sendiri memang satu kepuasan.

Lepas tu"start" jengok pokok-pokok manggis pula. Satu lagi kepuasan , satu daripada pokok manggis yang ada di kebun aku berbuah lebat juga. Harap2 adalah rezekinya.

Sekarang ni aku nak tunggu pokok duku langsat pulak berbuah. Bila le agaknya....