23 Oktober 2013

Pokok Cempedak

Lama juga aku tak mencatatkan sesuatu didalam blog aku ni. Banyak yang nak ditulis tapi masa yang tidak menentu. Aktiviti aku kat kebun pun kadang-kadang terganggu juga. Kebelakangan ni aku sempat juga menjenguk ke kebun. Pokok-pokok sedang berbunga , rambutan , manggis dan durian ( kali kedua berbunga - sebelum ni nak melekat bunga dia - harap2 kali ni dapatlah merasa buahnya ). Kalau berkesempatan aku akan ambil gambarnya nanti.

Pokok limau kasturi nampaknya menggalakan - buahnya banyak juga dan kali ni aku biar saiznya ke maksima. Tambahan pula aku baru aje beli baja buah RM160 untuk 50 kg.

Kat sini aku letakan gambar pokok cempedak aku aku baru hidupkan. Ada 3 batang semuanya. Harap-harap menjadilah dan tidak di ganggu perosak utama iaitu babi hutan dan monyet. Dulu aku ada cuba tanam sebatang tapi mati sebab serangan babi hutan.

Sekarang ni aku kena guna tayar kereta dan plastik pagar hitam dan batang-batang pokok limau yang berduri untuk menggelakkan dari 2 musuh utama tu.

Tengok ajelah macam mana aku "balutkan" pokok cempedak aku dengan "perisai pelindung". Hahahaha...




Aku tanam pokok cempedak sebab aku hanya ada 2 batang pokok cempedak aje di kebun dan yang galak mengeluarkan hasil hanya sebatang . Cempedak sekarang harga dia boleh tahan juga dalam RM 5/kg. Kalau buat goreng memang sedap makan begitu pun ok juga.