19 Februari 2014

Tapak Semaian Benih Durian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa yang kau orang bayangkan bila disebut tapak semaian. Mungkin kau orang bayangkan , batas-batas atau barisan polybag yang dilengkapi dengan "springler". Hah kau orang tengok aku punya tapak semaian.
Biasa le orang berkebun kalau makan buah-buahan yang elok mula pikirkan nak buat benih. Termasukle aku.

Masa kecil dulu pun arwah apak aku pun macam tu , bila makan buah durian yang elok mula le disuruhnya simpan bijinya nak dibuat benih. Sekarang berjangkit kat aku. Bukannya ada tanah 10 20 ekar nak tanam semua tu. Tanah yang ada pun sekangkang kera kata orang.

Hahaha , kau tengok le tempat tapak semaian aku. Habis celah-celah pokok aku semai biji durian ni.

2 pokok yang tinggi tu benih dari kampung.






Yang lain-lain tu benih yang aku ambil dari durian yang aku beli. In shaa Allah ingat sabtu ni nak pindahkan yang dah berdaun ke dalam polybag. Lepas tu boleh le dipindahkan ke kebun. Tapi sekarang tak sesuai sebab musim kering.Baru-baru ni pergi kebun tengok ada 3 batang pokok durian yang berbunga. Baru belajar berbuah kata orang. Kalau ada rezeki adale. Semuanya  ketentuan NYA.

06 Februari 2014

Selepas 30 Tahun

Saja aku coretkan perjumpaan x-SRC yang dibuat pada hari raya ke 3 , raya tahun lepas. Walaupun ramai yang tak dapat hadir tapi perjumpaan tu memang meriah dan menyeronokkan. Aku dan adik aku datang bersama keluarga . Semua yang hadir mengucapkan terima kasih kepada JawatanKuasa penganjur terutama kepada Boss dia En. Abdullah Sani. Thanks again.

Masa nak jumpa tu memang terfikir juga , dah 30 tahun tak jumpa , boleh ke kenal muka masing2. Aku sendiri pun dah berubah . Bila dah jumpa memang seronok , masing2 tanya khabar , macam2 cerita . Aku makan pun dah kisah .Seronok betul.
Mereka Yang Hadir

Dua Orang Kuat Majlis Ni , Mi & Sani

Semua dah berubah

Kawan dari kecil Enal - sama-sama di Kem Ulu Kinta

Kat luar pun masih bercerita , sorry tak dapat joint teh tarik

Menyanyi Lagu sekolah SRC


Diharapkan reunion akan datang akan ramai yang dapat hadir. Best jumpa kawan2 lama ni , terutama yang membesar bersama kita. Sekolah Rendah Kebangsann Methodish Tg. Rambutan dan Sekolah Menengah Rendah Ulu Kinta.