Aku tak pernah guna chainsaw dan aku memang fobia dengan barang elektrik yang tajam seperti mesin rumput dan chainsaw. Mula la terbayang yang bukan-bukan bila ingatkan peralatan ni. Tapi aku perlukan sesuatu untuk menebang anak-anak pokok kat kebun aku. Tak larat nak guna parang , kudrat dah tak ada. Kalau sebatang dua bolehlah. So , penyelesaian nya ialah kena beli CHAINSAW.
Lama juga aku survey untuk beli chainsaw ni. Tanya orang yang pernah guna. Ada je kawan yang offer untuk pinjamkan chainsaw dia, tapi aku tak selesa sebab aku tak pernah guna takut rosak nanti. Aku survey chainsaw ni sampai ke kg aku di Perak. Tapi tak beli uga.
Akhirnya aku beli chainsaw yang matanya hanya 12 inchi , paling kecil dengan harga 300 ratus lebih.
Mula-mula guna memang risau juga. Tapi Alhamdullillah dapat juga potong bebrapa batang anak pokok.
Nasihat aku , kalau nak guna chainsaw ni kena ada ilmu juga. Kena cuci@service selepas stiap kali guna. Kena buang habuk-habuk kayu daripada pokok yang kita tebang. Pastikan minyak hitam cukup. Selain daripada itu, kena pastikan juga rantai dia tidak longgar.
Rantai dia tercabut. |