20 November 2024

Projek Pencen - Hasrat Yang Tersirat

 Assalamualaikum...

Projek ini aku dah plan 2 tahun yang lepas dengan harapan , bila pencen nanti pokok2 durian dah berbuah. Tapi kesukaran untuk menyewa JCB untuk membersih kawasan tersebut menghalang projek ini. Akhir nya dapat juga untuk aku mulakan projek ini dengan langkah pertama dengan menyewa JCB membersih kawasan tersebut.

Aku bahagikan projek ini kepada 6 Fasa.

Fasa 1 - Membersihkan kawasan

Fasa 2 - Clearkan pokok2 yang telah ditebang

Fasa 3 - Gali lubang untuk tanaman

Fasa 4 - Tabur Dolomite kedalam lubang yang telah digali

Fasa 5 - Piping air ke lubang2 yang telah digali

Fasa 6 - Tanam Pokok

Fasa 1 telah berjalan dengan baik tetapi Fasa 2 dan 3 menghadapi halangan kerana tidak dapat menyewa JCB untuk melakukan kerja2 tersebut. JCB yang disewa semasa Fasa 1 , ada sahaja halangan nya .











Aku telah mengupah 2 orang Bangla untuk menyiapkan Fasa 3 dan 4. Pilihan yang dipilih daripada menggunakan JCB . Banyak masa yang terbuang. Sementara itu Fasa 2 dilakukan oleh aku dan isteri secara perlahan-lahan.

Fasa 5 juga tertangguh sehingga hari ini sebab kontraktor yang dijanjikan masih berada di Indonesia. Tak boleh disalahkan kepada kontraktur sebab Fasa 2 tertangguh lama.

Fasa 6 terpaksa dilakukan walaupun tanpa piping.Paip getah yang panjang dan Tong Air digunakan sementara piping dapat dilakukan.  

Anak pokok durian mula ditanam dengan 3 batang anak pokok , 2 Tekka dan 1 Duri Hitam pada 5hb Oktober 2024. Akhir nya pada 17hb November , 10 anak pokok durian dapat di tanam dengan 4 jenis pokok durian , 2 pokok Tekka , 2 IOI ,2 Musang King dan 4 anak pokok Duri Hitam.












Pokok2 ditanam secara beransur-ansur , 2 pokok seminggu atau lebih. Semoga pokok-pokok durian tersebut akan hidup subur dan menghasilkan buah yang banyak. Aaamiin.

Ini bukanlah projek yang ada faktor WAU untuk orang sebagaimana projek2 durian orang lain yang tanam pokok durian berekar-ekar tapi bagi aku ini adalah projek pencen aku yang menpunyai hasrat yang tersirat sendiri. Semoga projek ini akan menjadi amalan baik kami yang akan membantu kami sekeluarga di dunia dan akhirat nanti. Aamiin .