30 Disember 2024

Pokok Ciku Mega N Pokok Limau Lipis

Balik daripada kampung Perak , rehat sehari , ke kebun buat lubang untuk pindahkan 2 anak pokok , pokok Ciku Mega dan anak Pokok Limau Nipis. Esoknya Hari Jumaat 27/12/2024 selamatlah kedua-dua pokok tersebut dipindahkan ke kebun.


Serba sedikit tentang pokok Ciku Mega (C19)

Pokok Ciku Mega - C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti Ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah - Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).

Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti Ciku Subang (10.65) berbanding dengan Ciku Jantung mampu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan Ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan Ciku Subang sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah Ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti Ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas. 

(https://edesa.my/product/anak-pokok-ciku-mega-c19 )

Anak pokok Ciku Mega dah lama juga dibeli , beli bersama-sama dengan anak pokok durian hari tu. Tidak dipindahkan ke kebun sebab mencari kawasan yang sesuai untuk ditanam. Pokok limau , disemai oleh wife daripada biji dia. 

Kalau ikutkan pokok Ciku Mega tu dah berbunga masa beli hari tu. Harap2 cepatlah dia berbuah sebab teringin sangat nak tengok saiz buah dia nanti. Hari tu ada tanam 1 pokok Ciku Mega yang dibeli secara online , tapi macam hidup segan mati x mau je... Hahahaha...



Semoga kedua2 pokok ini membesar dengan sihat dan menghasilkan buah yang banyak. Aamiin Ya Rabbil Allamiin .