10 Mac 2025

Pokok Durian Berbunga

Alhamdulillah , pokok durian dah berbunga . Ke empat4 pokok durian tu berbunga , ada yang banyak , dan yang sikit. Kalau di tanya jenis pokok durian apa , memang aku tak tahu , yang pasti 3 batang pokok durian kahwin dan satu batang pokok ditanam daripada biji .

Ini pokok durian yang ditanam daripada biji. Durian Pak Mertua , pokok ni 2,3 kali dah berbunga tapi tak pernah rasa buah dia. Tahun ni pun berbunga tak la banyak. Harap2 ada rezeki untuk rasa buah durian daripada pokok ni.






Walaupun bunga durian kat pokok nampak banyak tapi aku tak menaruh harapan sangat . Musim hujan yang melanda sekarang tidak sesuai untuk bunga durian seperti tahun lepas. Ada rezeki , ada lah.




03 Februari 2025

Anak Durian Mothong

Semalam 2/2/2025 , tambah dua lagi anak pokok durian. 2 anak pokok durian Mothong yang dibeli 2 minggu lepas selamat dipindahkan ke kebun semalam. Memandangkan piping air  dan lubang memang dah tersedia , proses menanam mudah sikit. Yang meletihkan adalah nak bawa tanah hitam dan pokok-pokok ni daripada bawah ke atas. Memang megah hahahaha...

Orang kata pokok durian Mothong ni banyak ditanam di Thailand dan isi nya keras... Tapi di Thailand di petik bukan jatuh sendiri. Rasanya kalau jatuh sendiri , isi dia tak keras kot. Harap-Harap :)

So kat atas ni dah ada 12 batang anak pokok durian dengan 5 jenis pokok durian.




https://www.kampustani.com/budidaya-durian-monthong/#google_vignette

Anak-anak pokok ni macam kurang sikit tapi sebab nak tanam juga dikebun sebelum bulan puasa ni , beli jugalah . Harga RM50 sepokok. Semoga pokok-pokok durian ni membesar bagai johan dan menghasilkan buah yang berkualiti dan banyak. Aamin Ya Rabbil Allamin.

Ada 2 lagi lubang kosong kat bahagian atas ni , rancang nak tanam mangga epal and matoa.


02 Februari 2025

Piping Anak2 Pokok Durian

     Alhamdullillah , 2 minggu lepas piping untuk anak2 pokok durian dapat dipasang. Tertangguh hari tu sebab kontraktor yang nak pasang tu balik Indonesia. Harga dia boleh tahan juga RM3500 tapi bila difikirkan ia akan memudahkan penyiraman anak2 pokok durian nanti, kira jadilah. Dengan adanya piping tu memudahkan penyiraman pokok-pokok durian tersebut. Hanya bukakan paip dan bila nak balik tutup balik . Kalau tidak penyiraman sahaja mengambil masa lebih daripada sejam. Memang berbaloi. 








    Memandangkan terdapat lebihan kayu samasa betulkan atap rumah hari  tu , minta aje tukang tu buat pangking didepan pondok. Bagus tukang tu tak charge langsung untuk pangking tu. Sekarang ni , boleh la melepas letih kat situ. Buatan nya pun bagus.




3/2/2025.