Projek Pencen tanam pokok durian telah pun melebihi setahun. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi sepanjang setahun menjaga pokok-pokok durian ini.Kadang2 rasa nak give up je. Hahaha.. Pokok tak banyak pun tapi dah nak give up , macam mana nak tanam 10, 20 ekar pokok durian Musang King. Pokok durian kahwin banyak ragam dia , bukan macam pokok durian yang ditanam dengan biji.
Apa yang boleh saya kongsi bila nak tanam pokok durian adalah,
- Pastikan ada modal $$$$ dan ilmu
- Sumber air perlu ada
- Pilih pokok yang ketinggian dia tak melebihi 3 kaki - proses pembesarannya lebih bagus berbanding pokok yang ketinggian 4-5 kaki.
- Pilih lah pokok yang mudah pengurusannya terutama kalau kita tak dapat menumpu perhatian sepenuh kepada kebun kita , bagi saya pokok durian Musang King memang cerewet.
- Kesuburan tanah penting untuk pembesaran pokok durian. Banyak kan mengguna baja organik.
- Pokok durian dilindungi dengan net hitam .
Ini adalah daripada pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang menanam pokok durian saya. Poko-pokok durian yang saya tanam ada yang ok, ada yang perlu diberi perhatian dan ada yang telah diganti dengan anak pokok durian yang lain.
Pokok Durian Duri Hitam yang perlu diberi perhatian , sebelum ni pembesaran dia ok tapi tak tahu kenapa tiba-tiba ada masalah dengan pokok ini. Mungkin sebab tak di lindungi dengan net hitam ?
Pokok Durian Duri Hitam , perlu juga diberi perhatian .
Pokok Durian Tekka , perlu diberi perhatian.
Pokok Durian Duri Hitam.
Pokok Durian Tekka , perlu diberi perhatian
Pokok Durian Mothong - belum lagi setahun
Pokok Durian IOI
Pokok Durian Kim Hong , baru 4 bulan ditanam menggantikan pokok Mothong yang mati.
Pokok Durian IOI
Pokok Durian Duri Hitam
Pokok Durian Duri Hitam
Pokok Musang King - ada masalah dan sentiasa diberi perhatian untuk pemulihan
Pokok Durian Musang King , yang diberi perhatian dan telah nampak perubahan yang baik
Pokok Durian Musang King yang ditanam sebelah dengan pokok durian Musang King yang ada masalah sebelum ini. Pokok baru berusia 2 bulan.
2 pokok yang ditanam sekali
Pokok Durian Udang Merah , perlu juga diberi perhatian. Mungkin perlu dipasang net hitam.
Pokok Durian Musang King yang dah besar, perlu juga diberi perhatian kerana daun nya kekuningan.
Pokok Durian IOI yang ditanam lebih kurang sama masa dengan pokok durian Duri Hitam yang diatas sekali.
Sekarang ini aku lebih menumpukan kepada kesuburan tanah dan musuh-musuh pokok yang menyerang daun-daun pokok durian. Banyak masa ditumpukan pada projek ini dan modal dikeluarkan.
Semoga pokok-pokok durian ini membesar dengan baik , dilindungi daripada musuh-musuh mereka dan menghasilkan buah yang banyak apabila tiba masanya nanti. Aamiin . Semoga Projek Pencen aku ini berjaya. Aamiin.