Anak Pokok Kim Hong yang ada masalah hari tu telah aku gantikan dengan anak pokok yang baru. Anak pokok durian Kim Hong tu aku beli daripada nursery yang lain. 8hb Jan 2026 selamat anak pokok tu ditanam dikebun. Semoga anak pokok durian tu membesar dengan baik dan menghasilkan buah yang banyak. Aamin .
14 Februari 2026
08 Januari 2026
Gugurnya Pokok Durian Kim Hong
Pokok Durian Kim Hong ni sebelum ni nampak segar sahaja. Tumbesaran nya pun memang mengembirakan aku. Aku tak letak dia dalam pokok yang perlu diberi perhatian. Tapi 2-3 minggu lepas aku tengok terdapat daun dia yang gugur. Ingatkan disebabkan kurang air atau terlebih baja.
Tapi minggu lepas keadaan dia jadi seperti di dalam gambar tu. Aku jangkakan mungkin disebabkan oleh kulat.
Sekarang ni tengah mencari anak pokok yang lain. Mungkin mencari jenis Kim Hong juga. Sebelum tu mungkin kena rawat tanah dia dulu. Wish me luck...
Langgan:
Ulasan (Atom)