Dalam sibuk aku belajar, aku mengambil kesempatan menziarah kebun ku bersama isteri. Musim buah yang sedang berputik menambah semangat ke kebun. Bila berada di sana , tenang sikit melihat kehijauan ( entahlah , semak samun atau pokok yg ditanam ).
Buah nangka dan cempedak yang sedang membesar menjadikan kami bersemangat untuk membalut buah2 tersebut. Kalau ada rezeki dapatlah kami rasa dan bersedekah...Yang menjadi kegilaan ialah buah nangka , yang memang manis buahnya...Itu yang buat mereka yang pernah merasanya selalu bertanya....buah nangka tak ada ke...
Buah sukun banyak , tapi tinggi..nak harapkan aku panjat , minta maaf le....rambutan baru berputik...kalau tak dimakan keluang , dapatlah rasa...bukan nak makan sangat tapi seronok melihat hasil usaha membuahkan hasil...Itulah ketentuanNya.
Dulu dapatlah bersedekah pisang, tapi sekarang ni pokok pisang dah hampir pupus sebab dimakan lembu2 yang menceroboh masuk walaupun kebun ku ni berpagar...apa nak buat , aku ni menumpang kg orang, cakap banyak nanti tak diberi akses ke kebun aku nanti...biarlah mereka berjawab nanti...lembu2 tu nanti menjadi saksi...hahahahah
Memang seronok berkebun ni, walaupun budgetnya tinggi juga , kena meracun dan membaja...letih juga...tapi kepuasannya memang berbaloi..hahaha
Ini aje harta yang aku ada...rumah besar2 tak ada le......Kalau ada peluang mau juga aku beli tanah baru untuk dibuat kebun, bukan nak buat untung tapi kepuasan..mungkin bekalan untuk pencen hahahahahah, lama lagi....Tapi itu semua ketentuanNya, aku hanya boleh berdoa dan berusaha.
31 Mei 2010
Hari Keluarga Hj Omar
Kakak ipar aku menelefon isteri aku mengajak bercuti di Cameron Highland masa cuti hari wesak..suami dia dapat booking banglo company dia...Isteri aku suruh dia ajak adik2 yg lain juga..Adik2 dia setuju kalau isteri aku ikut serta...sebab isteri aku ni , kalau ada dia habis riuh rendah rumah....
Hari jumaat tu aku dan keluarga pun bertolak dari Melaka dalam pukul 7.30 pagi, mereka yang lain bertolak dalam pukul 9 pagi sebab mereka dari KL...seorang lagi dari Lumut...so kenalah aku bertolak awal sikit...Highway okay aje kecuali seperti biasa R&R penuh dengan orang...Highway di Sungkai juga sibuk sikit "Jam" sebab bertukar dari 3 lorong ke 2 lorong...
Biras aku , sham dah sampai di Simpang Pulai lebih awal dari kami , aku sampai lebih kurang 15 minit selepas tu....2 kereta lagi nak tunggu...Dalam 30 minit biras aku Udin sampai...tunggu biras sulung aku aje - Suhaimi or "Big Boss"...kena tunggu dia sebab dia la yang booking Banglo tu...
Dia sampai dalam pukul 12.30 tgh dan kami terus bertolak ke Cameron Highland dengan 4 biji MPV..Big Boss diikuti dengan adik yg bongsu , aku dan sham...Kalau ikutkan 2 MPV local dan 2 MPV luar...hahah...lawaknya, kalau aku dan sham didepan nanti kereta local ni tertinggal..hahaha..jangan marah...
Puasnya juga mencari banglo Bank Negara tu...ialah tak pernah pergi...signage pun tak ada..Akhirnya dalam pukul 2.30 kami sampai ke banglo 5 bilik tersebut...Semuanya melepak dan kelaparan...yang perempuan sibuk menyediakan makanan yang dibawa...ayam dan kambing di barbequekan...laksa , mee gorang sambal udang dll....itu yang bestnya...semuanya pakat2 bawa sorang sikit...budak2 dah riuh dalam rumah...jumpa sepupu masing2....yang tadi muka monyok ,..sakit2..habis hilang..riuh betul...
Hari tu tak kemana-mana , samada diluar rumah atau dalam rumah aje...nasib baik ada indoor games dan ping pong...benda tu yang kita orang hadap...paling tidak dapat juga bermesra dengan anak buah...macam2 ragam ada...
Esoknya sham dan keluarga bertolak ke Melaka kerana ada temu janji dengan orang yang repair rumah yang baru dia beli...indrectly balik kg juga....Pukul 9.30 dia pun bertolak...Aku dan keluarga juga kena balik hari ni juga sebab perlu hantar khalifah ke asrama keesokan harinya...
On the way turun kebawah , suhaimi dan udin mengambil kesempatan untuk keluar "bershoping" yang perlu...kami "bershopping" di pasar malam di situ...belilah apa yang patut...
Selepas tu aku dan keluarga terus turun sementara mereka balik ke Banglo...tinggallah 2 keluarga...macam2 ragam kat pasar malam tu...cuaca yang kadang hujan tu mengurangkan mod untuk bershoping...
Dalam perjalanan turun..kereta banyak juga...kadang2 bergerak perlahan aje...Aku sampai ke rumah mertua aku di Melaka hampir pukul 1.00 pagi....Aku tak tahu apa terjadi pada 2 lagi keluarga, dengarnya mereka ke MARDI selepas ke pasar malam dan bertolak turun ke bawah keesokkan harinya dalam pukul 9 pagi..
Kalau ikut perancangan kami nak berkumpul di PD pula..harap2 jadi le....
Tapi apa yang pasti begitu rakus sekali mukabumi Cameron Highland di terokai..cukup2lah...mengenyangkan diri dengan duit haram....tak akan le..tanah yang diterokai secara haram tak nampak...apa yang tinggal untuk generasi akan datang, .....Selamatkan Cameron Highland...
Hilang Tension Tengok Mereka
Baru-baru aku dan isteri sempat menemani anak aku yang belajar di PASTI di pertandingan bola jaring dan bola sepak peringkat kawasan Alor Gajah. Anak aku, Aishah yang berumur 5 tahun mewakili sekolahnya. Beliau bermain sebagai GS ( entah aku pun tak tahu , apa maksudnya , tapi yang aku tahu dia tunggu di depan gol lawan untuk menjaringkan gol ).
Apa yang best aku tengok , bukan sahaja budak2 PASTI tu sahaja yang enjoy , mak bapak pun turut excited....Kadang2 yang lebihnya , mak bapak dan pengajar...terutama apabila melihat budak2 tu bermain...aku dan isteri aku pun tak ketinggalan..hahahaha..
Paling ketara sekali aku lihat budak2 ni semuanya bermain dalam keadaan menutup aurat...samada bola sepak atau bolajaring...Budak2 ni dah membuktikan sukan boleh di main dalam menutup aurat....tak payahlah , berseluar atau berbaju ketat yg menampak semua lekuk...memalukan..
Kalau tengok budak2 lelaki main bola , memang best...aku rasa lagi best daripada tengok bola sepak di Malaysia ni....Habis di hurungnya bola sebiji tu..tapi ada juga pasukan yang mempunyai taktik perlawanan yang akhirnya memenangi perlawanan tersebut.
Pertandingan yang berakhir hampir pukul 1 tgh tersebut dimenangi oleh pasukan PASTI At-TAQWA 2 untuk pertandingan bola jaring dan bola sepak. Merasalah Aishah pegang hadiah tu...seronok dia , tunjukkan kepada abang dia dan atuk dan nenek dia yang kebetulan berada di rumah kami....Tahun depan boleh main lagi...tapi Aishah kena la improve balingan bola masuk ke jaring..
Langgan:
Catatan (Atom)