31 Mei 2010

Hilang Tension Tengok Mereka



Baru-baru aku dan isteri sempat menemani anak aku yang belajar di PASTI di pertandingan bola jaring dan bola sepak peringkat kawasan Alor Gajah. Anak aku, Aishah yang berumur 5 tahun mewakili sekolahnya. Beliau bermain sebagai GS ( entah aku pun tak tahu , apa maksudnya , tapi yang aku tahu dia tunggu di depan gol lawan untuk menjaringkan gol ).


Apa yang best aku tengok , bukan sahaja budak2 PASTI tu sahaja yang enjoy , mak bapak pun turut excited....Kadang2 yang lebihnya , mak bapak dan pengajar...terutama apabila melihat budak2 tu bermain...aku dan isteri aku pun tak ketinggalan..hahahaha..

Paling ketara sekali aku lihat budak2 ni semuanya bermain dalam keadaan menutup aurat...samada bola sepak atau bolajaring...Budak2 ni dah membuktikan sukan boleh di main dalam menutup aurat....tak payahlah , berseluar atau berbaju ketat yg menampak semua lekuk...memalukan..



Kalau tengok budak2 lelaki main bola , memang best...aku rasa lagi best daripada tengok bola sepak di Malaysia ni....Habis di hurungnya bola sebiji tu..tapi ada juga pasukan yang mempunyai taktik perlawanan yang akhirnya memenangi perlawanan tersebut.



Pertandingan yang berakhir hampir pukul 1 tgh tersebut dimenangi oleh pasukan PASTI At-TAQWA 2 untuk pertandingan bola jaring dan bola sepak. Merasalah Aishah pegang hadiah tu...seronok dia , tunjukkan kepada abang dia dan atuk dan nenek dia yang kebetulan berada di rumah kami....Tahun depan boleh main lagi...tapi Aishah kena la improve balingan bola masuk ke jaring..

Tiada ulasan: