Sekolah Aishah At-Taqwa 2 , yang menang di Sukan PASTI Alor Gajah telah terpilih untuk mewakili kawasan Alor Gajah bagi Peringkat Melaka. Mulanya Aishah hanya dipilih sebagai pemain simpanan aje kerana tempatnya dijangkakan akan diambil oleh pemain daripada sekolah PASTI lain. Aku dan isteri tak kisah kerana Aishah baru 5 tahun , tahun depan dia berpeluang lagi. Atas sebab teknikal , Aishah disenaraikan sebagai pemain bukan sebagai simpanan.
Menariknya sukan PASTI peringkat Melaka ini , diadakan perbarisan bagi setiap pasukan yang mewakili 6 kawasan Parlimen , iaitu Alor Gajah , Masjid Tanah , Bukit Katil, Jasin , Kota Melaka dan Tangga Batu. Memang teruja melihat kelitah pelajar2 kecil PASTI ni melakukan pembarisan.
Keputusannya tidak memberangsangkan bagi sekolah PASTI At-Taqwa 2 , yang mewakili kawasan Alor Gajah , Bola Jaring kalah diperingkat kumpulan dan bola sepak tempat ke-3. Ibu bapa yang nampak frust , anak2 tengok ok aje...Aishah performancenya cemerlang dalam pertandingan tersebut berbanding sebelum ini...entah mengapa pemain-pemain tak perform seperti di peringkat Alor Gajah hari tu...Macam pemain2 dewasa juga...kadang2 ok , kadang2 tidak..tapi performance pasukan2 lain memang excellent...
Asihah ada tahun depan untuk mencuba...aishah tak kisah pun ..lepas bermain dia "menenangkan fikiran" di batu2 yang berbentuk binatang purba di zaman dulu....
Aku , isteri , aishah dan along sarah (anak buah aku yang kebetulan datang ke rumah aku) terus ke rumah kenduri orang kahwin on the way nak balik rumah...letih betul rasanya sukan kali ni , tidak seperti di peringkat kawasan dulu...mungkin sebab kalah kot...itulah teori aku dan isteri ku...hahahahha...Itulah ketentuanNya....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan