22 Ogos 2010

Pokok Delima Merah


Pokok Delima diatas dah lama dah aku tanam di rumah , tapi baru tahun ni dia mula berbunga. Masalah dengan pokok delima ni ialah , berbunga boleh tahan banyak juga tapi tak melekat . Tengoklah buah yang ada , kecik molek macam bola ping pong aje...Entahlah tak tahu apa nak buat . Tapi aku rasa mungkin tanahnya tak berapa subur...tapi dah bubuh baja...asalnya tanah kat rumah aku ni jenis tanah berbatu dan keras....

Pokok delima ni asalnya aku beli 2 anak pokok , satu aku beri pada adik aku. Pokok delima yang adik aku dah besar pokoknya dan dah banyak kali dah berbuah, tapi jenis pokok delima putih. Geram juga tengok pokok delima yang orang lain tanam dalam blog. Cantik dan besar buahnya. Aku tak nak pokok delima aku ni menerima nasib yang sama seperti pokok mata kucing yang dibawah tu...dah tinggal tunggul aje...aku dan isteri aku tebang...bukan apa..dah besar sangat n dah malas nak "trim"...buahnya memang dah dapat makan...so akhirnya terpaksalah aku korbankan dia.....
Ada tak sesiapa yang sudi memberi nasihat supaya pokok delima aku ni dapat berbuah dengan normal....buahnya tak le sekecil buah yang sedia ada ni...hahahaha:<)

11 Ogos 2010

Buluh Madu & Lemon

Selepas tanam 1 pokok buluh madu dekat rumah , aku beli lagi 3 anak pokok buluh madu. Cadangan aku , aku nak tanam satu di rumah dan 2 lagi dibawa balik kampung. Sebelum tu beli anak2 pokok buluh madu tu , aku singgah kat nursery lain untuk mencari pokok lemon. Minat aku pada pokok lemon selepas mengetahui khasiat dia....badan kita perlukan bahan alkali untuk neutralise asid yang penuh dalam badan kita. Jadi lemon adalah pembekal alkali.

Pokok buluh madu ni aku beli daripada En. Mokhtar , RM10 / anak pokok. Hari tu dah beli 2 anak pokok dia. Satu bagi pada adik aku.

Aku beli 2 anak pokok lemon dan 1 anak pokok cempedak durian....tak le mahal sangat ,anak pokok lemon harga RM5 sebatang tapi anak pokok cempedak RM8 ...Isteri aku borong tanah baja , RM2 sekampit, dia ambil 5 kampit....untuk nak tanam pokok2 tu juga...

Perancangan nak tanam 1 pokok lemon di kebun sama dengan pokok cempedak...tapi cuaca yg asyik hujan aje, menyebabkan aku beri 1 anak pokok lemon tu kepada adik aku...anak pokok cempedak tu mungkin tanam lepas raya kot....Tak larat nak buat lubang tanam anak pokok tu...lagi pun kalau bulan puasa ni , susah sikit nak berulang ke kebun...takut nanti anak pokok tu mati tak berair....



Anak pokok buluh manis yang hendak dibawa ke kampung dan anak cempedak yang belum ditanam.


Anak pokok buluh madu yang baru di tanam , kena tunggu 8 bulan lagi nak rasa rebung dia.


Pokok lemon yang baru juga ditanam sama dengan anak pokok buluh madu.


Pokok buluh madu yang telah sebulan ditanam, kalau ikut 7 bulan lagi bolehlah rasa rebung dia.


Isteri aku yang berposing dengan pokok buluh madu...hehehe....(credit kepada photoFunia)

10 Ogos 2010

Jalan Jalan Cari Makan

Kakak Aku dan Keluarga serta Hasna datang ke Melaka 2 minggu sebelum berpuasa....Kakak Aku dan family dia memang selalu juga datang ke Melaka ni tapi nasib dia kurang baik sebab tiap kali dia datang mesti hujan....So terbantutlah sikit nak jalan2 di sini...terutama untuk makan2....

So kali ni dia kata , dia nak datang untuk jalan2 cari makan....aku cakap tolong jangan bawa hujan...itulah trade mark dia bila nak datang Melaka.... Dia dan Suami dia , Pak Dan datang nak makan 2 makanan penting , satu Popia Basah dan satu lagi Asam Pedas.....

Tempat yang kami tuju adalah....Warung Hajjah Robiah....di limbungan depan hotel hijau Farmosa

"Rombongan" dia sampai dalam pukul 2 pagi, pukul 8 kami bertolak ke sana, penuh dengan orang, naib baik ada tempat lagi...tapi dibelakanglah , siap buka meja baru...sebenarnya besoknya pun kita orang breakfast disana lagi...siap "tapau" popia..macam2 makanan kita orang order....semua rasa sorang sedikit...best...


Lepas makan , kita orang melepak kat shopping complex pulak...just nak relax2....


Berselera betul makan...macam2 ada...popia, asam pedas, roti canai , roti jala , lempeng kelapa , mee goreng etc...Bestnya gerai ni , dalam dia ada banyak gerai2 lain, owner dia pun lain..boss jual kuih muih dan air minuman....

3 Keluarga , Khalid mana ???


Hari pertama , malam tu gi makan asam pedas di jalan laxamana....so kalau datang melaka jangan lupa ke warung Hajjah Robiah , hari isnin dia tutup rasanya...so yang lain bila nak datang , kena relax2..n tak boleh rushing...baru enjoy....

03 Ogos 2010

Terima Kasih , Beri Peluang Untuk Bersedekah

Salam,

Minggu lepas selepas berjumpa dengan supervisor , aku dan isteri sempat menjengok ke kebun. Sementara aku meracun , isteri aku pergi tabur garam ke pokok2. Garam kasar tu dah lama dah kat kebun tapi tak sempat nak melasaikan tugas aku. Selepas dia habis menabur garam , dia menjengok ke pokok nangka yang telah kami balut buah2nya. Dia juga sempat menziarah ke pokok limau kasturi.....Alhamdulillah...4 biji nangka dapat kami ambil...Nangka yang menjadi idaman ramai orang...buah limau kasturi juga banyak dapat dikutip , rasanya ada kat 4 kilo...Sebenarnya pokok tu diberi oleh kawan aku ..Mr. Wee...dia kata benihnya daripada burung yang menaburnya....(faham2 ajelah maksud aku ni).


Sibuklah isteri aku mengupas buah2 nangka tersebut...walaupun dia berpuasa tapi semangat dia...terima kasih....banyak isinya....petang tu balik dari pejabat, isteri aku beritahu dia dah distribute kat jiran2 di lorong rumah aku...Alhamdulillah...dapat juga kami bersedekah dari hasil kebun kami...Terima kasih Allah kerana memberi rahmat kepada kami untuk berkongsi hasil kebun kami....Sempat juga kami simpan untuk diberi kepada adik aku n adik2 isteri aku yang berminat dengan buah nangka ni...Semoga pokok nangka tersebut menghasilkan banyak lagi buah yang sedap2 supaya kami dapat lagi bersedekah...Insya'Allah...Itulah ketentuanNya...

SMS = 300 KM

Salam....

Kerana satu SMS yang aku terima , aku terpaksa travel lebih kurang 300 KM. Aku terima SMS tersebut pada petang jumaat semasa aku tengah baring2...Lepas membaca SMS tersebut terus aku melayari web site yang dicadangkan. SMS tersebut berbunyi seperti berikut:

You are listed as a potential
GT (Gugur Taraf).
Please vist i-student Portal Urgently.

Siapa tak tergugat...Besoknya aku called supervisor aku takut2 ada perkara yang miss....So Isnin tu aku terpaksa travel ke sana , dengan bantuan kawan aku , kami ke pejabat bendahari...Rupanya pegawai tersebut sibuk melayan call yg berpunca dari masalah tersebut....Rupanya ini merupakan pertama kali ia di implementasikan. Bagi aku mereka yg membangunkan sistem ini , gagal menjadikan komputer tersebut sebagai alat yg pintar. Sebenarnya aku pun tak pasti samada masalah aku ni dah selesai atau tidak.....