11 Ogos 2010

Buluh Madu & Lemon

Selepas tanam 1 pokok buluh madu dekat rumah , aku beli lagi 3 anak pokok buluh madu. Cadangan aku , aku nak tanam satu di rumah dan 2 lagi dibawa balik kampung. Sebelum tu beli anak2 pokok buluh madu tu , aku singgah kat nursery lain untuk mencari pokok lemon. Minat aku pada pokok lemon selepas mengetahui khasiat dia....badan kita perlukan bahan alkali untuk neutralise asid yang penuh dalam badan kita. Jadi lemon adalah pembekal alkali.

Pokok buluh madu ni aku beli daripada En. Mokhtar , RM10 / anak pokok. Hari tu dah beli 2 anak pokok dia. Satu bagi pada adik aku.

Aku beli 2 anak pokok lemon dan 1 anak pokok cempedak durian....tak le mahal sangat ,anak pokok lemon harga RM5 sebatang tapi anak pokok cempedak RM8 ...Isteri aku borong tanah baja , RM2 sekampit, dia ambil 5 kampit....untuk nak tanam pokok2 tu juga...

Perancangan nak tanam 1 pokok lemon di kebun sama dengan pokok cempedak...tapi cuaca yg asyik hujan aje, menyebabkan aku beri 1 anak pokok lemon tu kepada adik aku...anak pokok cempedak tu mungkin tanam lepas raya kot....Tak larat nak buat lubang tanam anak pokok tu...lagi pun kalau bulan puasa ni , susah sikit nak berulang ke kebun...takut nanti anak pokok tu mati tak berair....



Anak pokok buluh manis yang hendak dibawa ke kampung dan anak cempedak yang belum ditanam.


Anak pokok buluh madu yang baru di tanam , kena tunggu 8 bulan lagi nak rasa rebung dia.


Pokok lemon yang baru juga ditanam sama dengan anak pokok buluh madu.


Pokok buluh madu yang telah sebulan ditanam, kalau ikut 7 bulan lagi bolehlah rasa rebung dia.


Isteri aku yang berposing dengan pokok buluh madu...hehehe....(credit kepada photoFunia)

4 ulasan:

flashbackaku berkata...

Anak pokok cempedak telah aku tanam di kebun ahad lepas...harap2 hiduple dia...

penulis berkata...

Pokok buluh madu aku dah pun mengeluarkan 2 batang rebungnya...pagi tadi baru perasan, mungkin nikmat NuZul Quran hari ni...Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Salam Bang Jenal,
Kebun nya dimana...adusss bagus sekali banglonya luas bole ditanami banyak pokok-pokok lemon, buluh madu...gue cuma tanami batang serai, batang daun kesum dalam botol SAJA...!!!

Tanpa Nama berkata...

Anak pokok cempedak yang aku tanam dah mati dikerjakan si monyet.

Tuantanah