Syawal sedang menuju penghujung...raya tahun ini kami sekeluarga kehilangan ayahanda yang tersayang yang telah pulang ke rahmatullah hujung bulan MAC yang lepas...Kurang berseri raya tahun ini , jika tidak apaklah orang yang sibuk menyediakan bahan untuk masakan menyambut anak menantu dan cucu nya.
Rumah Yang Menjadi Peninggalan Apak Untuk Anak Cucunya Berkumpul
Apa La Yang Disembangkan Dengan Mak Tam
Keriuhan Bila Berkumpul.......Untuk Yang Terakhir Bagi Apak
Bila Waktu Malam....
Lepas Makan...Lepak le...bersama anak buah...
Yang Besar Melepak...Yang Kecil...Inilah Koje Deme...
Tahun lepas apak mencadangkan untuk masak lemang, maka sibuklah bala tentera anak cucunya menyediakan bahan untuk memasak lemang...Itulah seronok dan meriahnya keluarga apak , semuanya turut tolong menolong, daripada kecil sampailah ke tua.
Sibuk mencari buluh lemang dan menyediakan buluh lemang untuk diisi dengan bahan2nya...kelapa di kupas untuk santan , daun pisang dicari untuk alas daun lemang dan pulut dimasukkan kedalam buluh lemang hinggalah dibakar...
Sibuk mencari buluh lemang dan menyediakan buluh lemang untuk diisi dengan bahan2nya...kelapa di kupas untuk santan , daun pisang dicari untuk alas daun lemang dan pulut dimasukkan kedalam buluh lemang hinggalah dibakar...
Bersih miang buluh.....jangan melekat kat badan udah le...
Amsa Memotong Buluh Lemang...Lagak Macam Pekerja Kontrak...erm...
Buluh kena basuh dulu...Kebersihan kena jaga....
Macam Ni Nak Masukkan Daun Pisang Dalam Buluh.....Ada Paham...
Macam ni...nak kupas kelapa...tau..tau..tau..tak....
Yang Kecik Turut Membantu....
Bila Pulak....Apak Lantik Dia Ni..Jadi Mandur......hahaha
Pak Dan Belah Kelapa....Action mesti ada....
Amir kat Autralia tak perlu mesin kelapa...Kemeriahan Yang Apak Tersenyum Melihatnya...
Bila buluh lemang dan santan dah siap...barulah dimasukkan beras kedalam buluh.......
Sapa Nak Jaga Api ni.....
Tak Akan Nak Makan Lemang Aje.....Kena Masak Yang Lain....Kat Belakang Tu...Mak Datin...Tengokle Pakaian Dia...
Gambar Apak Dengan Sebahagian Daripada Anak Menantu Dan Cucu Untuk Kali Terakhir
Bila Berkumpul Apak Pasti Mengadakan Kenduri Tahlil Arwah Bersama Anak Menantu Dan Cucu.
Al-Fatihah disedekah kepada apak , semoga rohnya dicucuhri rahmat dan digolongkan didalam golongan orang2 yang mukmin. Amin.
Itulah Ketentuan Allah S.W.T yang harus kita sebagai hambanya terima dengan hati yang redha.
2 ulasan:
Salam, Sedih juga baca catatan ni. Tapi itu lah kehidupan.Dunia berputar. Yg muda akan tua..yg hidup akan meninggalkan kita. Tapi ingatan terhadap mereka tetap terpahat kukuh dalam hati & fikiran hingga bila-bila..
Tokyo 18102010
Pada mereka yang masih ada parents hargailah semasa ada....
Catat Ulasan