12 Disember 2010

Bila Balik Kampung.....

Selepas tertangguh untuk balik kg. ,jumaat lepas aku balik kg. Bertolak dlm pukul 4 dan berhenti di Tol putrajaya untuk solat asar dan ambil along sarah di sana...Kali ni kereta aku penuh dgn benih2 pokok, 3 benih pokok kelapa , 2 benih pokok limau , 1 benih pokok lemon , 1 benih pokok buluh kuning dan 1 benih pokok buluh madu. Cadangnya nak ditanam disana...


Rumah Kampung...mengadap bendang...


Jalan yang memisahkan rumah kampung dan bendang...ke selatan , kg. gajah , teluk intan etc.

Jalan kearah utara..Sri Iskandar , ipoh , setiawan , lumut etc..Bendang Depan Rumah

Selepas solat magrib dan asar di Rawang aku terus bertolak ke kg. dan sampai di sana dlm. pukul 10 malam...Ambil kakak aku n suami dia , kita orang ke Sri Iskandar minum teh...

Esoknya tiada aktiviti yg menarik ...hanya berehat sahaja.. Keluarga kakak aku di hutang melintang balik , tapi balik hari aje...Keluarga Mak Tam balik petang tu selepas pergi kenduri org. kahwin...

Esok pagi tu , aku , Pak Dan dan Pak Yeop , memulakan operasi menanam pokok2 yang dibawa aku...Pokok kelapa dan 1 batang pokok limau di tanam di sawah depan rumah...Yang lain di tanam dalam kawasan rumah...
Pak Dan dan Pak Yeop sedang menanam pokok limau.

Pokok Limau...Pokok Kelapa




Pokok Buluh Madu


Tengahari tu kita orang buat BBQ...Pak Dan belanja....Amsa dan Pak Cik Adik balik petang tu..Meriahlah rumah tu....Hantar Sarah ke Stesen Keretapi Ipoh , dia balik Putrajaya naik keretapi...

Baru aku sedar Road-tax aku tamat hari selasa...banyak pikionye...sampai lupa nak check road-tax...malam tu aku contact agen insuran untuk "renew" road-tax n insuran ,...janji dia nak fax kedua-dua tu esok ke pejabat PAk Dan..aku suruh dia email sekali...tapi dia tak reti..erm..

Esok pagi tu aku masih sibuk dgn urusan Road-Tax aku tu...Pak Dan dan Amsa pergi kerja...Kami yang tinggal rancang ke Pangkor...Dengan 2 biji kereta kami bertolak ke Lumut untuk ambil Feri Ke Pangkor...10 orang semuanya...Ini kali ke-2 aku ke Pangkor...Ferinya ada penambahbaikan...berhawa dingin...
Mencari apa yang menarik di hati...Di Pekan Pangkor

Letih Berjalan....Berehat sekejap...

Kami bukannya kemana pun hanya jalan2 di pekan dia sahaja....Habis "merantau" di pekan pangkor kami pun balik ke jeti...alamak ramainya orang...mungkin org dah check-out hotel kot..berbaris pangjang le kami....jenuh juga...


Feri Pangkor
Kumpulan yang potong "Q" masa berbaris...tak berdisplin dan malu sungguh..Tudung pink n the Gang
Permandangan di "Dock-Yard", pembinaan kapal 4 tingkat rasanya...nice view...
Tiket Feri , orang dewasa..bayar sekali aje.
Dah sampai di Jeti Lumut....



Selepas makan di Lumut , kita orang ke pekan setiawan mencari kamera Mak Tam...Aku terus contact agen insuran tu..alamak dia cakap 5.30 baru dia punya "runner" balik...aik...hari tu cakap nak fax waktu tengah-hari..jenuhla Pak Dan menunggu ...Macam tu kot cara kebanyakan orang melayu berniaga...aku tukar agen insuran pun sebab nak tolong kawan2...dulu aku ambil kat toyota...seminggu 2 sebelum road-tax aku tamat dia orang dah remind dah...apa nak buat...aku dah terkena...


Nampaknya mungkin aku terpaksa balik malam ni juga...selewat2nya sebelum pukul 8 malam..Dia janji nak email road-tax n insuran aku...aku sms email aku , tapi aku tak menaruh harapan...Dalam perjalanan balik ke rumah..dia kata dia dah email..n ..janji nak email yg color kemudiannya....Sampai rumah aku terus chk email...nasib baik ada...Tak perlulah aku balik malam tu...

Malam tu ke rumah Pak Dan di Batu Gajah...untuk print benda2 tu...Balik dari sana , singgah di Sri Iskandar dulu...minum teh...Cadang esok nak ke Taiping..tapi x jadi..lutut aku sakit...

Esoknya kita orang buat pembersihan pokok2 mangga dan pokok bunga disekeliling rumah yang perlu dicantas dan betulkan...selepas tu makan besar...Asam pedas tetel, ikan jenak , masak lemak ikan masin kurau nenas menjadi santapan makan tengah hari...memang berbaloi...
Antara pokok mangga yang lebat berbuah...umurnya rasanya dah lebih 25 tahun...

Malam tu Pak Dan n keluarga balik rumah...tingal kami 2 keluarga....Esok pagi kita orang bersiap untuk balik ke Melaka...Ambil apa2 "harta" yang patut...tengah hari juga kami bertolak..Singgah di Tapah untuk solat n Pulau Indah..untuk membahagikan "harta"..hampir pukul 8 malam baru sampai rumah....Kalau ikut hati mau aje aku duduk sana sampai hari sabtu...memikirkan korje dan road-tax aku....balik juga le....kali ni memang best balik kg.....Tapi yang tak bestnya apak dah x ada...Itulah KetentuanNYA....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seronoknya balik kampung. Sebak pula perantau baca-maklum la kampung halaman jauh beribu batu. Tapi itu le ketentuannya!