17 Januari 2011

Buluh Madu Pagar Rumah

Pokok buluh madu yang mula2 aku tanam ialah pada Julai 2010 dan yang paling akhir aku tanam ialah pada bulan November 2010. Sekarang ni aku dah ada 4 pokok buluh madu ditanam di rumah aku. Kalau diikutkan pokok yang paling tua berumur dalam 6 bulan dan yang paling muda 2 bulan.

Kalau ikut apa yang aku tahu , umur 8 bulan baru boleh rasa rebungnya, tapi kat rumah aku dah ada stok simpanan rebung... ada 1 lagi rebung yang baru keluar dan aku jangka dalam seminggu ni aku boleh tambah stok rebung aku...tak perlu tunggu 8 bulan.... Alhamdulillah..


Sejuk hati tengok daun2 buluh madu yang berwarna hijau melambai-lambai...


Salah satu rebung yang keluar dari pokok buluh madu...

Ini adalah pokok yang paling muda...ini adalah rebung yang kedua...akan aku tinggalkan menjadi buluh...

Inilah tempat yang pasti aku singgah sebelum ke pejabat atau bila balik dari sana...

Tempat aku "membuang masa".....dan bakal menjadi "pagar rumah" aku


Lebihan potongan rebung yang diambil , dah keluar tunas...

Dulu kalau ambil rebung pasti aku akan potong sama paras dgn tanah (tamakle) , tapi bila aku aku potong 2" drp tanah , hasilnya tunas keluar drp. rebung tu...bolehlah le buat benih...belajar dr. pengalaman....

Banyak juga yang aku dan isteri belajar tentang pokok buluh madu daripada pengalaman menanam sendiri...Bila pokok buluh madu ni tak cukup air..bila rebung boleh diambil dan kat mana nak potong rebung masa mengambilnya.Mungkin sampai masanya nanti aku akan belajar bagaimana nak biak pokok buluh madu pula.....Pengalaman tak boleh dijual beli....Itulah ketentuanNYA..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang kata pokok buluh tidak elok ditanam dirumah dikhuatiri tempat penyinggahan jin dan syaitan.

wallahualam

tuan tanah berkata...

Assalamualaikum..
Tempat Tinggal:

Sebagaimana manusia,Jin dan Syaitan juga mempunyai tempat tinggal dan kampung halaman. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan ini ialah:

a)Tempat usang atau binaan-binaan yang tidak didiami.

b) Tempat-tempat najis seperti tandas,tempat pembuangan sampah sarap dan kubur.

c) Kubur yang dipuja.

d) Pasar-pasar.

e) Sahara /padang pasir.

f) Rekahan-rekahan dan lubang-lubang ditanah.

g) Kandang-kandang unta dan lembu.


h) Tempat-tempat gelap.

i) Bukit-bukit - Jin Bunian.

j) Diatas air - terdapat istana Jin.

k) Dirumah-rumah manusia.

http://www.vok.edu.my/kenal%20jin2.htm