17 Mei 2011

Proses Rebung Buluh Madu

Assalamualaikum....Disini aku hanya ingin berkongsi pengalaman memproses rebung yang dikongsi oleh isteri aku. Sebenarnya kami tak pernah proses rebung ni sehinggalah kami mempunyai rebung sendiri hasil daripada menanam buluh madu. Rebung buluh madu ni tidak ada miang macam rebung2 buluh lain, jadi mudah sikit nak proses dia.

Mungkin cara yang aku ceritakan ni berbeza daripada orang lain atau ada kesilapannya harap maaf lah...hanya nak berkongsi pengalaman terutama dengan peminat2 buluh madu yang akan mendapat rebung daripada pokok buluh yang ditanam...mungkin pengalaman pertama.


Langkah Pertama :

Rebung yang diambil hendaklah dibuang kulitnya. Buang sehingga tiada lagi kulit yang boleh dibuang. Ada juga orang dia potong rebung pendek-pendek mengikut ruasnya dan ia memudahkan untuk menanggalkan kulit pada rebung tersebut. Tapi isteri aku lebih suka ia memanjang begitu. (ada sebabnya)



Dihujung atas rebung , banyak sikit kena buang kulit dia....kalau malas potong aje didepan ni...



Selepas semua kulit pada rebung dibuang. Rebungnya nampak licin dan warna hijua cerah.



Selepas tu dikikis sedikit kulit dalamnya seperti kita bersihkan carrot atau buang kulit kentang.


Selepas dikikis kulitnya , rebung kelihatan putih.


Dipotong-potong mengikut ruasnya. ( kalau dah dipotong ikut ruas-ruasnya awal2 tadi mungkin susah sikit nak kikis kulit dalam rebung tadi...ikut sukalah mana yang mudah )



Dihiris-hiris nipis ruas-ruas rebung tersebut.


Rendamkan dia dalam air beras....lepas tu bolehle di simpan dan dimasak bila perlu. Kalau nak bagi dia kelihatan kekuning-kuningan rebuskan sekejap rebung yang telah dihiris tu. Masak kari atau pajeri memang sedap selain masak lemak cili api....

Selamat mencuba semoga ia membantu....

Tiada ulasan: