22 September 2011

Rezeki Buluh Madu

Aku rasa baru 1 tahun lebih aku mula berminat dengan tanaman pokok buluh madu ni. Dengan ruang yang terhad di rumah teres aku , aku hanya mampu menanam 6 rumpun pokok buluh madu secara berperingkat-peringkat. Banyak yang aku belajar dalam tentang sepesis buluh ni. Dulu aku tak pernah berkesempatan untuk merasa mengambil rebung dan memprosesnya. Kini aku dapat rasa rebung dari pokok buluh aku sendiri. Aku juga mampu membiak anak pokok buluh madu sendiri. 2 rumpun daripada pokok yang aku tanam adalah daripada anak buluh madu yang aku biak sendiri. Sempat juga aku "beri" kepada kawan2 anak2 pokok buluh madu yg aku biak sendiri.
Tanaman pokok buluh madu di rumah aku.

Tanam pokok buluh madu ni tidak susah dan remeh. Hanya rajin menyiram air dan menyapu daun-daun buluh yang gugur. Musuh utama dia adalah anai2 dan semut. Kurang daripada 1 tahun lebih ni , aku dah puas makan rebungnya , dan tempias juga kepada orang2 lain. Daripada 6 rumpun yang aku tanam , 3 rumpun galak mengeluarkan rebung , 2 baru tanam dan 1 ni mula2 aje keluar rebung kemudian berhenti mengeluarkan rebung setakat ni, mungkin tanahnya keras , aku tak pasti.

Anak pokok buluh madu ditanam ke dalam polybag sebelum dipindahkan ke tanah untuk ditanam.

Baru2 ni aku sempat menghasilkan 5 anak pokok buluh madu , dan ini merupakan usaha aku yang terbesar sebab selalunya aku hanya mampu paling banyak 2 anak pokok buluh madu. Apa yang menariknya aku mencuba "membelah" rumpun buluh tu kepada 2 seperti dalam gambar di bawah. Nampaknya berjaya. Alhamdulillah. Itulah ketentuanNya.

Rumpun akar buluh madu yang dibelah 2.



Kalau anda ada ruang tanah di rumah , bolehle mencuba tanam buluh madu ni. Bukan sahaja cantik untuk landscape rumah kita tapi juga dapat merasa rebungnya. Tidak ada miang pada rebung dan daunnya seperti spesis buluh yang lain. Selamat mencuba.