Tanam pokok buluh madu ni tidak susah dan remeh. Hanya rajin menyiram air dan menyapu daun-daun buluh yang gugur. Musuh utama dia adalah anai2 dan semut. Kurang daripada 1 tahun lebih ni , aku dah puas makan rebungnya , dan tempias juga kepada orang2 lain. Daripada 6 rumpun yang aku tanam , 3 rumpun galak mengeluarkan rebung , 2 baru tanam dan 1 ni mula2 aje keluar rebung kemudian berhenti mengeluarkan rebung setakat ni, mungkin tanahnya keras , aku tak pasti.
Baru2 ni aku sempat menghasilkan 5 anak pokok buluh madu , dan ini merupakan usaha aku yang terbesar sebab selalunya aku hanya mampu paling banyak 2 anak pokok buluh madu. Apa yang menariknya aku mencuba "membelah" rumpun buluh tu kepada 2 seperti dalam gambar di bawah. Nampaknya berjaya. Alhamdulillah. Itulah ketentuanNya.
Kalau anda ada ruang tanah di rumah , bolehle mencuba tanam buluh madu ni. Bukan sahaja cantik untuk landscape rumah kita tapi juga dapat merasa rebungnya. Tidak ada miang pada rebung dan daunnya seperti spesis buluh yang lain. Selamat mencuba.

3 ulasan:
Askm, tuan ada jual ke anak benih buluh madu?
Assalamualaikum , saya tak jual , kalau nak sebatang dua benih dia boleh dtg ambil....
Salam Saudara! Adakah mungkin diuruskan (poskan) 1 anak benih buluh madu (tanpa tanah) ke Kuching? Semua kos kiriman saya tanggung. Terima kasih.
Tsai Min Ton
Serian, Sarawak
Catat Ulasan