11 Disember 2011

Perginya Seorang Sahabat



"Assalamualaikum nal, Ana demamlah jadinya DMZ tak sempat nak buat, tolong nal... "itu adalah antara sms yang aku terima daripada Ustaz Sulaiman dalam pukul 11.48 pagi , kami berbalas sms sehinggalah aku tak membalas sms beliau dalam pukul 1.45 tgh. 4 disember. Dalam pukul 9 lebih malam aku terima sms daripada seorang kawan mengatakan arwah dimasukkan kedalam wad kecemasan. Aku memberitahu isteri dan adik aku yang kebetulan ada dirumah aku. Aku call sahabat yang sms untuk mendapat penerangan lanjut. Aku juga call kalau ada sahabat2 yg hendak pergi melawat arwah.
Selepas membuat beberapa panggilan aku dan seorang sahabat telah mengambil keputusan untuk pergi ke hospital Melaka melawat arwah. Sampai aje ke hospital , kami terus ke wad ICU , nama arwah tak ada dalam senarai pesakit . Telefon seorang sahabat yang telah awal melawat arwah , rupanya arwah masih di wad kecemasan. Ramai juga jiran2 dan kawan2 yg berada disana. Aku dan sahabat yg baru sampai mendapat maklumat daripada mereka.Makluman yang kami dapat arwah tidak berapa sihat (batuk2) dan telah mendapat rawatan di hospital Alor Gajah , dan akhirnya di"tolak" ke hospital Melaka. Aku berkesempatan melihat arwah terbaring di atas katil yang dipenuhi dengan wayar pada badan arwah. Mulut arwah terkumat-kamit , mungkin berzikir kerana mulut arwah sendiri dimasuk tiub .
Hampir 1 sejam lebih menunggu arwah diluar wad kecemasan , akhirnya arwah ditolak ke wad CCU. Aku turut ke wad tersebut tapi tak dibenarkan melawat , aku dan sahabat aku mengambil keputusan untuk balik sahaja dan melawat arwah esok dengan beranggapan bahawa arwah telah pun stabil.
Setelah singgah minum , aku balik ke rumah dalam pukul 1.00 pagi , aku sempat menonton perlawanan English League sebelum terlelap dalam pukul 2.00 pagi. Aku dan isteri terjaga apabila terdengar telefon berdering tapi tak sempat nak jawab. Aku mengambil telefon untuk melihat siapa yg telefon awal pagi , 5.30 pagi. Mata aku tertumpu pada satu sms yg aku tak baca lagi. MasyaAllah , ustaz Sulaiman telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.40 pagi. Terkedu aku...aku macam tak percaya. Perginya seorang sahabat yang kadang2 aku anggap macam abang aku. Beliaulah tempat aku "bercerita" terutama berkaitan dengan agama. Beliau banyak membantu aku terutama semasa aku masih baru ditempat kerja . Aku tak akan lupa jasa2 beliau.
Arwah pernah berkongsi bilik dengan aku di tempat kerja. Aku masih ingat lagi semasa kami minum di 1 kedai , bila salah seorang yang minum kat situ , anak ke ? bertanya kepada ustaz merujuk kepada aku. Kami hanya tersenyum aje. Bagi aku arwah seorang yang suka menolong orang tak kira dari segi tenaga atau kewangan walaupun beliau bukannya mewah sangat. Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Sulaiman. Bukan sahaja di tempat kerja tapi juga bagi penduduk setempat. Penyakit "ghout" yg beliau hadapi membatas sedikit pergerakan beliau tapi tidak "commitment" beliau dengan kerja2 beliau. Beliau memang "berhalus" dengan kerja2 yang beliau lakukan. Biar pun bergelar ustaz tapi beliau begitu celik dengan komputer dan minat bersukan. Beliaulah yang berusaha untuk mendapatkan meja pingpong supaya kami boleh beriadah selepas waktu pejabat. Terlalu banyak kebaikan dan jasa beliau kalau nak disenaraikan.

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah bila kami sama2 pergi ke Persidangan Zakat Universiti-Universiti Sedunia di PWTC pada 22 dan 23 NOvember. Kami berulang-alik dari Melaka menaiki Van yang disediakan. Arwah tidur disana pada 23hb. Itulah "commitment" arwah dalam kerja beliau. Aku duduk disebelah beliau semasa perbentangan daripada peserta2 dari negara ARAB bagi mendapat penjelasan daripada beliau kerana aku buta bahasa Arab.

Ustaz Sulaiman kyusuk mendengar pembentangan daripada salah seorang pembentang Arab.

Kami berbual seperti biasa dengan beliau semasa dalam perjalanan. Beliau beritahu beliau ada membuat pemeriksaan kesihatan berkala sebulan sekali di hospital. Arwah nampak seperti biasa. Beliau ada memaklumkan , doktor suspek beliau ada "tiroid" tapi tak pasti. Pemergian beliau memang mengejutkan aku dan rakan2 yang lain. Ramai yang pasti akan merasa kehilangan beliau. Al-Fatihah.


Dr. Abd. Halim, Ustaz Sulaiman dan Aku di Persidangan tersebut.


Ustaz Sulaiman, Aku dan Ustaz Abdullah



Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu Mohammad Sulaiman Zahlan

Ya, Allah! Ampunilah hamba MU Mohammad Sulaiman Zahlan, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya. Luaskanlah tempat persemadiannya; bersihkanlah(mandikan dia dengan air, air batu(sejuk) dan air embun). Sucikanlah dia dari sebarang dosa sebersih kain putih yang dibersihkan dari kekotoran,gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan gantikan ahli keluarganya dengan ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan sengsara api neraka. Dengan rahmatMU wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Amin Amin, Ya Rabil a'lamin.

Tiada ulasan: