25 April 2012

Cara Baru Menghasilkan Anak Pokok Buluh Madu

Assalamualaikum.
Banyak juga anak (benih) pokok buluh madu yang telah aku hasilkan , hanya 2 batang aje aku tanam di rumah yg lain nya aku beri pada kawan2 , jiran dan keluarga. Anak pokok ni di ambil daripada potongan rebung yang telah mengeluarkan tunas yg telah besar ( lebih kurang 3-4 minggu selepas rebung diambil ).
Kalau dulu aku ambil satu persatu , macam dibawah ni , susah dan melambatkan.

Dulu satu-satu , sesak nafas nak dapatkan 2 anak benih.

Selepas tu aku cuba teknik di bawah , aku ambil terus satu rumpun  dan selepas tu aku pecah-pecahkan rumpun tersebut menjadi satu benih dan masukkan kedalam polybag seperti dibawah. Kalau rumpun dibawah aku boleh pecahkan kepada 5 anak benih.


Sesak nafas juga nak keluarkan rumpun ni.

Anak benih pokok diletakkan didalam baldi dahulu , ada masa baru diasing-asingkan.

Rebung yang masih kecil dan rumpun buluh tidak digalakkan merimbun.

Rumpun benih anak buluh diambil dari pokok buluh ni.


Yang terbaru ni , sebab aku malas nak masukkan kedalam polybag selepas mengasingkan benih-benih buluh madu tersebut , aku cuba teknik lain pula. Sekarang ni aku masukkan rumpun benih yang telah aku ambil kedalam kotak seperti di bawah. Bila nak ditanam baru aku ambil dan asing-asingkan anak-anak pokok tersebut. Jimat sikit tanah dan polybag aku , tambahan pula bila bagi pada orang. (macam tak ikhas je :) ). Bukan apa , kadang-kadang aku kekurangan tanah dan polybag. Cara ni aku rasa lebih "economic."

Mungkin cara ini lebih menjimatkan.
Anak pokok buluh madu yang telah mengeluarkan daun.

Sarang burung diatas pokok buluh madu dirumah aku. Dapat juga mereka mendapat kebaikan daripada pokok-pokok buluh madu ni.


Sarang Burung

18 April 2012

Projek Pokok Getah II

Ini merupakan projek pokok getah aku yang ke dua. Projek pokok getah aku yang pertama dulu boleh aku katakan gagal. Lebih daripada 30 anak pokok getah yang aku tanam , hanya 4 batang pokok aje yang nampak ok. Selain daripadanya mati kerana perosak-perosak yang ada di kebun aku tu. Apa nak buat kalau kerja di kebun ni hanya part-time aje dan aku mempunyai satu lagi "commitment" yang lebih penting yang menghalang aku untuk memantau anak-anak pokok tersebut.

Projek Pokok Getah II bermula dengan 18 biji polybag mengandungi biji getah.

Kali ni aku merangka satu lagi projek pokok getah ni , yang aku namakan projek getah II. Apa yang aku akan buat ialah mencambah sendiri anak-anak pokok getah daripada biji getah. Ini akan menjimatkan kos aku. Biji-biji getah ni aku dapat daripada bapak mertua aku yang dikutip daripada kebun orang.  Satu plastik bapak mertua aku bagi.


Baru-baru ni aku mulakan dengan 18 polybag. Aku nak tengok dulu perkembangan dia. Samada berjaya atau tidak aku akan tambah bilangan polybag perlahan-lahan. Tengoklah bila mood aku baik atau bila ada masa.

Inilah biji getah, pada siapa yang tak pernah tengok.

Tapi bila tengok biji-biji getah ni , aku teringat masa kecil-kecil dulu , main dengan biji-biji getah ni. Aku bukannya duduk dekat kebun getah atau bapak aku ada kebun getah. Sekolah aku bersebelah dengan ladang getah. Selalunya samada waktu rehat atau sebelum masuk kelas ada dua aktiviti kita orang akan lakukan dengan biji getah. Samada kita orang akan berlawan menggunakan biji getah - biji getah sapa yang pecah kira kalah le. Satu lagi digeselkan biji getah ni kat simen sampai panas lepas tu disuakan kat peha orang ( dulu pakai seluar pendek - sekolah rendah ), apa lagi menjeritle orang.

Biji-biji getah dengan polybag sebagai persediaan untuk Projek Pokok Getah II

Tapi kalau baca kisah zaman dulu , biji2 getah ni dibuat tempe. Mungkin diambil isi dalam biji2 getah ni kemudian ditumbuk supaya menjadi seperti tempe. Banyak cerita-cerita menarik tentang pokok getah ni terutama masa harga getah naik. Ada yang kelakar , antaranya , duit seringgit dibakar untuk mencari duit 50 sen , duit siling dibaling untk menghalau ayam , orang kampung beli peti sejuk walaupun bekalan elektrik masih tak ada dan lain-lain lagi.
Tengoklah nanti bila biji-biji getah ni dah bercambah aku akan tulis lagi , jika itu ketentuanNYA. Doakan semoga projek getah II ni berjaya.

12 April 2012

Bunga Sunda Malam Atau Bakawali ? Bakawali le..

Assalamualaikum.

Mungkin ramai pernah tengok bunga unik ni. Keunikannya ialah dia hanya berkembang pada waktu malam atau tengah malam. Pokok ni isteri aku dapat daripada jiran yang nak buang dia. Isteri aku tumpangkan pokok ni didalam pasu pokok lidah jin. Alhamdulillah dia berbunga. Aku tak kisah sangat dengan pokok ni sehinggalah jiran aku cakap kalau dia berbunga dan menghala kerumah kita , ia akan membawa kebaikan. Tak ada le nak percaya tapi aku dan isteri mengalihkan pokok tu ke arah rumah kami bila ia berbunga. Melawak dengan jiran aku.

Selasa lepas semasa aku sibuk menonton Gold Rush , isteri bagitau nak tengok pokok yang dipanggil "sunda malam" tu yang dijangka akan berkembang pada malam tu. Aku terus ambil kamera aku untuk merakam detik2 bunga tu berkembang. Dapatlah aku mengambil gambarnya dari pukul 11.39 malam hingga 12.08 malam. Nasib kurang baik juga sebab bateri habis selepas tu , kalau tidak boleh rakam banyak lagi gambar.





11.39 PM

11.40 PM

11.45 PM
Menumpang pada pasu pokok lidah jin

12.05 AM

12.08 am
Inilah gambar terakhir yang aku sempat ambil sebelum bateri habis.

Banyak cerita-cerita menarik yang boleh dibaca daripada internet. Ada yang kata bunga ini dijaga oleh bidadari dan macam2 lagi. Orang2 cina menggunakan bunga ini untuk membuat ubat dan ada yang kata boleh mengubat mata rabun.

Selepas matahari naik , bunga bakawali akan menguncup seperti gambar-gambar di bawah.




5.02 pm 11/04/2012

Rupanya ini bukan bunga "Sunda Malam" tapi bunga Bakawali. Apa yang aku lihat bunga ni ada beberapa jenis. Memang menarik kalau diperhatikan kekuasaan Allah Ta'ala. Ada makhluk yang hidup di siang hari, ada yang menawan di malam hari dan macam2 lagi. Itulah ke Kuasaan Allah Ta'Ala dan KetentuanNYA.

03 April 2012

Mesyuarat PIBG

Bulan lepas aku menghadiri satu mesyuarat PIBG di sebuah sekolah menengah agama di Melaka. Aku sebenarnya malas juga nak pergi mesyuarat PIBG ni...dah "getek" - meluat. Memandangkan anak buah aku ni akan mengambil SPM , aku kuatkan juga hati ni untuk pergi. Nak tengok dan dengar apa program2 yang akan dijalankan. Banyak juga program2 akan dijalankan untuk pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan. Yang lemahnya , tak ada satu jadual yang lengkap. Jadi kalau ibubapa ada program sendiri , pandai2lah "adjust".

Itu bukannya perkara yang aku nak bincangkan disini. Tapi aku lihat dah tak ada demokrasi dalam mesyuarat PIBG ni dan ahli2 AJK tak berlapang dada untuk mendengar teguran atau pendapat daripada ibubapa. Mana2 ibubapa yang hendak bertanya soalan perlulah menghantar usul (soalan) yang hendak dibawa semasa mesyuarat nanti. Usul tersebut hendaklah dihantar bersama-sama dengan surat akuan akan hadir ke mesyuarat tersebut. Jika tidak, jangan haraplah nak tanya soalan.



Jika orang yang menghantar usul tersebut tidak hadir semasa mesyuarat tersebut ( walaupun didalam minit mesyuarat telah tercatat usul tersebut ) , usul tersebut tidak akan dijawab. Baguskan, itulah dinamakan mesyuarat PIBG sekarang. Mereka ada masa untuk cabutan bertuah tapi tak ada masa untuk menjawab pertanyaan ibubapa. Aku pasti tidak terlintas pun sekuit dihati ibubapa yang datang mesyuarat tersebut kerana hamper.


Begitu juga yang aku perhatikan , AJK PIBG akan bertungkus lumus menpertahankan hujah2 mereka. Contoh , seorang ibubapa mencadangkan supaya minit mesyuarat di beri sebelum mesyuarat dijalankan ( beberapa hari sebelum mesyuarat ) , supaya ibubapa boleh menbacanya dahulu dan tidaklah soalan yang sama ditanya nanti. Jawaban yang diberi AJK ialah, ia adalah satu tradis yang telah berjalan selama 27 tahun yang lepas. Itu jawapan daripada seorang guru yang telah berkhidmat selama 27 tahun. Bagi aku kalau ia satu cadangan yang baik apa salahnya ditukar tradisi tersebut. Orang2 macam nilah yang membawa masalah kepada sesuatu organisasi. Patutnya pencen cepat2 supaya orang muda boleh ganti dan mengantikan tradisi yang tidak membawa kebaikan. Ada juga AJK yang "emotional" menjawab cadangan tersebut. Pada aku , patutlah keputusan peperiksaan sekolah tu tak berapa meransangkan , sebab terus dengan tradisi yang dah ketinggalan zaman.

Bagi aku apa salah memberi peluang kepada ibubapa untuk memberi cadangan atau bertanya soalan . Bukan mudah untuk bangun dan bertanya soalan , ia memerlukan satu kekuatan diri. Atau lain kali ibubapa datang dengar aje dan terus jadi kaki angguk, sudah tentu AJK akan suka., tak gitu.

Sebab tulah aku malas nak datang mesyuarat PIBG sekarang , mungkin juga ibubapa yang lain. Entahlah....