Assalamualaikum.
Banyak juga anak (benih) pokok buluh madu yang telah aku hasilkan , hanya 2 batang aje aku tanam di rumah yg lain nya aku beri pada kawan2 , jiran dan keluarga. Anak pokok ni di ambil daripada potongan rebung yang telah mengeluarkan tunas yg telah besar ( lebih kurang 3-4 minggu selepas rebung diambil ).
Kalau dulu aku ambil satu persatu , macam dibawah ni , susah dan melambatkan.
|
Dulu satu-satu , sesak nafas nak dapatkan 2 anak benih. |
Selepas tu aku cuba teknik di bawah , aku ambil terus satu rumpun dan selepas tu aku pecah-pecahkan rumpun tersebut menjadi satu benih dan masukkan kedalam polybag seperti dibawah. Kalau rumpun dibawah aku boleh pecahkan kepada 5 anak benih.
|
Sesak nafas juga nak keluarkan rumpun ni. |
|
Anak benih pokok diletakkan didalam baldi dahulu , ada masa baru diasing-asingkan. |
|
Rebung yang masih kecil dan rumpun buluh tidak digalakkan merimbun. |
|
Rumpun benih anak buluh diambil dari pokok buluh ni. |
Yang terbaru ni , sebab aku malas nak masukkan kedalam polybag selepas mengasingkan benih-benih buluh madu tersebut , aku cuba teknik lain pula. Sekarang ni aku masukkan rumpun benih yang telah aku ambil kedalam kotak seperti di bawah. Bila nak ditanam baru aku ambil dan asing-asingkan anak-anak pokok tersebut. Jimat sikit tanah dan polybag aku , tambahan pula bila bagi pada orang. (macam tak ikhas je :) ). Bukan apa , kadang-kadang aku kekurangan tanah dan polybag. Cara ni aku rasa lebih "economic."
|
Mungkin cara ini lebih menjimatkan. |
|
Anak pokok buluh madu yang telah mengeluarkan daun. |
Sarang burung diatas pokok buluh madu dirumah aku. Dapat juga mereka mendapat kebaikan daripada pokok-pokok buluh madu ni.
|
Sarang Burung |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan