Walaupun aku rajin berulang-alik ke Shah Alam tapi ini adalah kali pertama aku ke I-City , bandar cahaya. Selalunya aku buat tak reti aje pasal I-City ni , yang aku tahu tempatnya penuh dengan cahaya lampu tapi tak pernah terlintas nak ke sana.
Entah macam mana timbul pula idea aku dan keluarga nak I-City , semuanya gara2 aku ada kerja yang perlu dibereskan disana dan kebetulan pula cuti sekolah.
Kita orang 2 keluarga keluar dari Puchong dalam pukul 6.30 petang dan rancang untuk sembahyang Magrib di sana dan terus masuk ke I-City. I-City ni kat seksyen 7 , Shah Alam. tak jauh daripada pintu belakang UiTM.
Charge parking malam tu RM10 . Masuk percuma. Tapi kalau nak masuk ke "Rumah Ais" harga dia berbeza mengikut masa. Sebelum pukul 6 petang harga dia RM25 untuk dewasa , selepas tu RM35 , kanak-kanak tentula harga dia murah sikit. Aku rasa berbaloi juga dengan harga dia kalau lagi murah lagi bagus hahahaha.
|
Baru sampai. |
|
Antara permainan yang dijual disana. |
|
Pokok yang dipenuhi cahaya |
|
Menarik . Permandangan dari atas. |
|
Kesian anak2 Panda tu jadi tunggangan |
|
|
|
|
|
|
Dinasour | | | | | | | |
|
Kereta ni pun ada | |
|
Nak tengok permandangan dari atas naik le benda ni. Kena bayar le. |
|
Diluar Rumah Ais |
|
Sejuknye..... |
|
Dalam Iglu , bukan oran eskimo | | | | | | | |
| |
| |
| |
| |
| |
|
|
|
Tak boleh buat snowman , bergambar ajela |
|
Sejuk le ayah. |
|
Sebahagian daripada objek2 ais. |
|
Memang dah sejuk ni |
|
Kat rumah mana ni.? |
|
|
|
|
|
|
Mengelonsor dalam rumah ais |
|
Duduk dalam iglu ni boleh kurangkan sejuk |
Memang seronok ke I-City , kalau nak berehat-berehat boleh le kesini. Rumah Ais dia memang sejuk , aku rasa tak sesuai untuk baby atau budak kecil kecualilah dia memang mandi ais tiap-tiap. Pakai le pakaian yang sesuai , dinasihatkan pakai kasut ( boleh jimat kos tak perlu sewa kasut ) bukan kasut tinggi, kan tergolek pulak. Kalau nak bawa sarung tangan pun bagus juga tidak le tangan asyik menyelup dalam poket aje. Bayaran masuk termasuk baju sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan