31 Mei 2020

Pokok Durian N Jambu Horne

Lama dah nak pergi tanam pokok durian n jambu ni. Benih pokok jambu adik aku bagi, dia dapat daripada kawan dia. 2 pokok semuanya. Tapi nak tanam satu pokok dulu dirumah.


Lepas tanam pokok jambu, tu aku dan mywife pergi kebun macam biasa. Untuk bersihkan kebun dan tanam anak pokok durian yg kita orang semai drp biji. 

 Pokok durian tu aku "cover" dgn batang pokok limau utk elak drp "perosak" lembu, monyet n babi. 
Semoga kedua2 pokok tu akan menghasilkan buah yg banyak. Aamiin. 

Tahun lps aku ada tanam 5 anak pokok durian tapi yg hidup hanya 3 sahaja. 



Pokok nangka pun sempat aku tanam. 
Masalah utama selain drp perosak yg aku cakap tadi, air merupakan musuh utama sbb aku tak ada sumber air. 
Kebun aku dulu pernah ada paip air tapi bayaran dia tinggi juga, walaupun kadang2 aku langsung tak guna air paip tu, bil air yg perlu aku bayar ada RM26 sebulan. 
Sbb jarang pakai n bayaran yg tinggi aku potong je paip tu. 
Ini pokok durian yg dah berbuah tapi  tak pernah rasa buah dia lagi. Jadi habuan... 

1 ulasan:

Marsya berkata...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.