Aku dah sediakan 3 lubang untuk ditanam dengan pokok baru , 1 untuk pokok lemon dan 2 untuk anak pokok cempedak. Anak lemon aku dah tanam 2 minggu lepas sebab anak pokok dah dibeli.
Anak Pokok Lemon
Aku tak "kurung" pun pokok lemon ni sebab dia pokok berduri , selalunya musuh-musuh dia tak suka. Harap-harap dapatlah rasa hasilnya. Tambahan pula banyak khasiat buah lemon ni.
Dua minggu lepas ada kesempatan untuk beli pokok cempedak kat pasar pagi Merlimau. Aku beli 2 batang pokok anak Cempedak King. Penjual tu kata buah dia pangjang. Aku ikut aje. Sebanrnya aku nak beli 2 jenis yang berbeza. Rupanya sama jenis , harga RM18 sepokok , penjual bagi RM35. RM1 discount :).
Sabtu lepas aku tanam anak-anak pokok cempedak King tu.
Anak pokok Cempedak King yang pertama
Anak pokok Cempedak King yang kedua
Kena kurung sebab musuh dia banyak .
Guna PVC sebagai tiang , beli di kedai haraware ,RM19 sebatang ,19 kaki dipotong 4.
Cuba cari maklumat berkenaan Cempedak King tapi tak jumpa. Semua carian pergi ke Shoppe atau Lazada.
Ni pokok Durian 101 , aku letakkan pelapik kat pangkal pokok untuk elakan panas. Beli kat shopee , apalagi :))
https://www.google.com/search?q=cempedak+king&oq=cempedak+king&aqs=chrome..69i57j0l7.3881j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8Yang tak tahannya , aku disengat penyengat semasa menebas anak-anak pokok kat tepi pagar kebun. Di sengatnya kat bahagian mata. Nasib baik tak kena pada anak mata. Sakit...mmg sakit dn rasa tak selesa. Petang baru pergi klinik, kenalah 1 injection dan kena makan ubat-ubat yang banyak ni.
Mata membengkak dek penyengat
4 jenis ubat yang perlu ditelan.
2 ulasan:
test
Kita tunggu 25hb September 2021...
Catat Ulasan