26hb September hari tu , sehari selepas ulang tahun aku yang ke 54 , aku pindahkan anak pokok durian Musang King ke kebun. Anak pokok ni adalah hadiah daripada pembekal baja ,dimana aku dapat 2 anak pokok durian Musang King yang ketinggian dalam 1 kaki.
Kedua-dua anak pokok tu aku bela dulu dirumah selepas memindahkannya kedalam polybag yang lebih besar. Memandangkan sekarang adalah musim hujan dan ketinggian pokok tu pun dah mencapai ketinggian 3-4 kaki , jadi aku rasa sesuai untuk untuk dipindah ke kebun.
Seminggu sebelum tu, aku dah menyediakan lubang untuk ditanam pokok tu. Seperti biasa , pokok tersebut perlu "dikandangkan" dengan plastik hitam. Kandang tu aku dan wife buat besar untuk mengelak daripada musuh lembu dan binatang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan