22 Julai 2010

Batuk N Sakit Tekak

Salam...

Minggu ni aku berasa tidak sedap badan. Selepas balik dr. kg. on weekend , isnin tu aku dapat batuk n sakit tekak yg teruk, badan pun rasa tak sedap. Isteri aku aje yg hantar aishah ke sekolah. Aku yang seharusnya jumpa supervisor aku pun terpaksa tunda, memang rasa tak larat , aku tak ke pejabat langsung. Nasib baik ada isteri aku yang baik hati melayan aku. Supervisor call aku hari tu nak beritahu dia tak boleh jumpa aku pd hari selasa pagi seperti yg dijanjikan. Tapi bila dengar suara aku dia pun kata dia tak paksa aku datang jumpa dia, sms dia bila aku dah ok.

Aku pun risau juga kalau berjangkit kat supervisor aku , batuk ni. Tapi aku rasa this week n last week mcm semuanya tak menjadi. Last week , semasa betul printer , habis toner dia berterabur kat netbook aku...jenuh aku mencucinya , toner yang baru ditukarkan habis.....aku tak test lagi printer aku tu...

Hari selasa lepas , kawan aku Che Zamrey call...terperanjat juga tengok nama dia muncul kat screen handphone aku..lama tak dengar berita dari dia..Berita sedih yang dia sampaikan , kawan aku masa belajar di KPP dan housemate masa di UK, Ahmad Nizam , telah meninggal dunia kerana sakit jantung 17 hb yang lepas....Al Fatihah , Semoga roh beliau di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan rohnya sentiasa dicucuhri rahmat.

Dalam badan batuk2 , aku sempat juga singgah di kebun bersama isteriku, teringatkan buah nangka yang sedang membesar. Ada rezeki kami , ada sebiji buah nangka yang dah berbau (masak). ... Kami petik juga sebiji nangka yang nampak mcm dah tua..dikutip juga buah limau sambal yang banyak atas pokok dan buah jambu tanpa biji....

Sedihnya bila dibelah nangka yang dah masak tu...isinya tak berwarna kuning dan rasanya tawar aje....Entahle...semuanya seperti tak menjadi minggu ni dan minggu lepas...Mungkin itulah ketentuanNYA....Aku berdoa semoga di teguhkan imam dalam menghadapi dugaan ini dan memohon kehidupan yang lebih tenang pada masa hadapan....Semoga Allah memperkenankannya..AMIN...

Tiada ulasan: