18 Julai 2010

Doktor N Nurse



Assalamualaikum...

N3 aku kali ni mungkin lain sikit drp yang lepas2...Aku ingin memberi pandangan tentang "profession" pekerjaan dokor dan nurse...tapi rasanya mungkin lebih kepada doktor..Idea luahan ini datang semasa semapt menjaga arwah apak di hospital Ipoh semasa arwah apak ditahan di Hospital Ipoh......Ramai emak bapak yang yang menaruh harapan tinggi supaya anak2 mereka dapat menjadi doktor....Sebab tu ramai yang sibuk bila keputusan peperiksaan SPM diumumkan...mulalah sibuk mak bapak sibuk menyuruh anak memohon kursus doktor...Tempat yang terhad di IPTA menjadi ia satu persaingan yang sengit.....Ada juga yang sibuk memohon anak2 mereka dihantar ke overseas untuk mengikuti jurusan doktor.....Begitu juga kepada mereka yang keputusan mereka kurang baik , mereka memohon untuk menjadi nurse dan sewaktu dengannya....Terkenal dengan permohonan SPA...manakan tidak bulan2 dapat elaun RM600 dan bila habis Insya'Allah kerja akan menunggu....Aku tidak mempertikaikannya....

Apa yang aku nak bincangkan adalah ada diantara mereka yang telah berjaya ingin keluar daripada perjanjian ( tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan seperti yang termaktub dalam perjanjian ). Antara alasan mereka ialah gaji rendah tapi kerja susah dan remeh....Aku tak nafikan memang kerjanya susah sikit dan remeh jika dibandingkan dengan kerja2 lain TAPI TIDAK SEMUA...SEMUA PEKERJAAN ADA SUSAH dan SENANGNYA.....APAKAH KERJA DOKTOR LEBIH SELAMAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KERJA ASKAR ATAU KERJA POLIS....HAKIM...PENCUCI BANGUNAN TINGGI...???

Apa yang menjadi kebencian aku ialah ada diantara mereka telah mencui hak orang lain kerana mereka mempunya kedudukan dan pengaruh. Mereka menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka supaya anak mereka dapat diserapkan kedalam jurusan doktor dan ditanggung kerajaan walaupun mereka tidak layak.....Apakah selepas tamat mereka mahu lari dari tanggungjawab mereka.....
Tiada siapa yang menyuruh mereka memohon jurusan tersebut. Kalauada pihak tertentu "offer" anda kursus tersebut ada punya hak untuk menolaknya....kalau ada keupayaan..hantar sendiri...lepas tamat boleh buat kerja mana kau suka...Aku sukan mencadangkan supaya perjanjian di ketatkan untuk bidang2 yang kritikal , letakan antara syaratnya adalah :-

MEREKA YANG TELAH TAMAT DENGAN JAYANYA DIIKAT SEPANJANG HIDUP DAN JIKA INGIN KELUAR DARIPADA PERJANJIAN TERSEBUT HENDAKLAH MENCARI ORANG LAIN MENGANTIKANNYA ( DIA BOLH SPONSOR SEORANG PELAJAR SEHINGGA PELAJAR TERSEBUT TAMAT UNTUK MENGGANTIKANNYA).

Nampak zalim tapi INGAT siapa suruh anda tandatangan borang perjanjian tersebut...

Aku juga mencadangkan hospital-hospital pakar juga membiayai pelajar2 yang berminat dalam bidang perubatan , dengan cara ini , tidak berlaku lompat-melompat....seperti katak....

Dengan cara ini aku rasa mungkin boleh mengurangkan masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan dan mereka yang benar2 jujur dan ikhlas sahaja akan memohon jurusan ini dan mereka yang berkemampuan tidak akan menyalah guna kuasa yang mereka ada. Ini juga akan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kuasa, peluang lebih untuk mengikuti kursus ini.

Ini adalah pandangan aku selepas mengharungi pengalaman menjaga arwah apak dihospital...Itulah ketentuanNYA....

Tiada ulasan: