22 Ogos 2010

Pokok Delima Merah


Pokok Delima diatas dah lama dah aku tanam di rumah , tapi baru tahun ni dia mula berbunga. Masalah dengan pokok delima ni ialah , berbunga boleh tahan banyak juga tapi tak melekat . Tengoklah buah yang ada , kecik molek macam bola ping pong aje...Entahlah tak tahu apa nak buat . Tapi aku rasa mungkin tanahnya tak berapa subur...tapi dah bubuh baja...asalnya tanah kat rumah aku ni jenis tanah berbatu dan keras....

Pokok delima ni asalnya aku beli 2 anak pokok , satu aku beri pada adik aku. Pokok delima yang adik aku dah besar pokoknya dan dah banyak kali dah berbuah, tapi jenis pokok delima putih. Geram juga tengok pokok delima yang orang lain tanam dalam blog. Cantik dan besar buahnya. Aku tak nak pokok delima aku ni menerima nasib yang sama seperti pokok mata kucing yang dibawah tu...dah tinggal tunggul aje...aku dan isteri aku tebang...bukan apa..dah besar sangat n dah malas nak "trim"...buahnya memang dah dapat makan...so akhirnya terpaksalah aku korbankan dia.....
Ada tak sesiapa yang sudi memberi nasihat supaya pokok delima aku ni dapat berbuah dengan normal....buahnya tak le sekecil buah yang sedia ada ni...hahahaha:<)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
kalu bunga banyak tp tak lekat buah, rasanya kena buat pendebungaan sendiri. mungkin ejen pendebungaan spt lebah & serangga lain takde nak tolong. caranya, guna putik kapas utk kutip debunga. pastu letak pada stigma. insyaallah buahnya menjadi & besar.
saya cuma pernah baca & cuba kat pokok bunga bebawang & berhasil.
zul_av@yahoo.com

tuantanah berkata...

Terima kasih...nanti boleh cuba...

nursakinah berkata...

terima kasih., saya pun nak cuba