09 Mei 2011

Projek Pondok II


Assalamualaikum...

Pondok bernilai Berjuta Rupiah....Berbaloi....

Selepas pondok yang berharga jutaan rupiah itu siap , aku dan orang rumah selalu ke kebun KAMI. Pukul 3 atau 4 baru kami balik , siap mandi dan sembahyang disana. Aisyah juga tidak ketinggalan, kadang2 basikal kecil dibawa untuk diguna oleh Aisyah.

Setiap kali ke kebun beginilah sarat barang dibawa....yang jadi mangsa kereta kancil isteri aku.

Aku memulakan projek menyulam ( menggantikan pokok yang mati ) dan menanam pokok2 ditempat yang kosong. Memandangkan benih anak pokok boleh tahan harganya dan terdapat musuh2 utama tanaman (monyet , babi dan cuaca) , aku memilih pokok limau kasturi sebagai tanaman utama projek II ini, disamping pokok kelapa yang anak benihnya percuma disamping menambah pokok2 yang aku rasa ada keperluanya. Akhirnya setakat ini aku telah menambah lebih daripada 10 anak pokok limau kasturi , tambahan 1 pokok lemon , sukun , cempedak , belimbing besi, kendondong ,pokok jambu taiwan , delima putih , 2 anak pokok limau nipis dan 4 anak pokok kelapa (tinggal 3 selepas 1 dibaham babi hutan). Aku juga menambah 10 batang anak getah (2 dibaham babi hutan atau monyet). Aku mungkin akan menambah lagi anak2 pokok getah lagi....

Aku dan isteri hanya boleh berdoa + berusaha semoga pokok2 yang ditanam mengeluarkan hasil , yang menentukan adalah KetentuanNYA ......

Antara pokok getah yang baru ditanam.

The only pokok "kendondong" yang ada kat kebun dan baru ditanam.

Satu daripada pokok limau kasturi yang ditanam.
Pokok cempedak yang baru ditanam , yang dah ada 2 batang. dah keluar hasil...

Satu daripada 2 anak pokok lemon.

Sekarang ni pokok2 lama dah ada yang mengeluarkan hasil , pokok rambutan alhamdulillah semuanya berbunga , pokok petai dah mengeluarkan putik , begitu juga sukun , yang bestnya dah ada pokok manggis dah "belajar" mengeluarkan hasilnya walaupun tak banyak. Jering dah jambu air dah habis musim , dapatlah merasa hasilnya.

Bunga petai yang bergayutan...entah dapat makan ke idak...tinggi sangat.....

Buah sukun yang dah banyak memberi hasilnya...yang tak tahan jangan makan..kuat anginnya..

Buah cempedak juga turut berbuah...

Pokok manggis yang baru mengeluarkan hasilnya.

Pokok rambutan yang lebat berbunga, 1 daripada 6 batang pokok rambutan yang berbunga.


Bahagian kebun yang berbukit...letih sikit nak naik ke atas..tanahnya keras berbatu...


Memang letih mengusahakan kebun ni dan banyak modal dikeluarkan , sampai sekarang satu sen pun aku dan isteri tak dapat daripadanya , tapi yang paling berharga kami dapat adalah KEPUASAN..Terima kasih Allah. Itulah KetentuanNYA.

1 ulasan:

zfikri berkata...

Pokok cempedak , kendondong , kelapa , delima dan getah dirosak oleh makluk2 asing ...:(