28 September 2020

Cempedak King 26-27 Sept 2020

Aku dah sediakan 3 lubang untuk ditanam dengan pokok baru , 1 untuk pokok lemon dan 2 untuk anak pokok cempedak. Anak lemon aku dah tanam 2 minggu lepas sebab anak pokok dah dibeli.

Anak Pokok Lemon

Aku tak "kurung" pun pokok lemon ni sebab dia pokok berduri , selalunya musuh-musuh dia tak suka. Harap-harap dapatlah rasa hasilnya. Tambahan pula banyak khasiat buah lemon ni.

Dua minggu lepas ada kesempatan untuk beli pokok cempedak kat pasar pagi Merlimau. Aku beli 2 batang pokok anak Cempedak King. Penjual tu kata buah dia pangjang. Aku ikut aje. Sebanrnya aku nak beli 2 jenis yang berbeza. Rupanya sama jenis , harga RM18 sepokok , penjual bagi RM35. RM1 discount :).

Sabtu lepas aku tanam anak-anak pokok cempedak King tu.

Anak pokok Cempedak King yang pertama

Anak pokok Cempedak King yang kedua

Kena kurung sebab musuh dia banyak .


Guna PVC sebagai tiang , beli di kedai haraware ,RM19 sebatang ,19 kaki dipotong 4.
Cuba cari maklumat berkenaan Cempedak King tapi tak jumpa. Semua carian pergi ke Shoppe atau Lazada.

Ni pokok Durian 101 , aku letakkan pelapik kat pangkal pokok untuk elakan panas. Beli kat shopee , apalagi :))
https://www.google.com/search?q=cempedak+king&oq=cempedak+king&aqs=chrome..69i57j0l7.3881j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8




Hari Ahad , kita orang membaja aje. Baja organik beli daripada jiran taman . 25 KG harga dia RM35. Sempatlah membaja kat 4 batang pokok durian yang dah besar , pokok-pokok duku langsat dan manggis. Minggu depan rasanya perlu membaja lagi.

Yang tak tahannya , aku disengat penyengat semasa menebas anak-anak pokok kat tepi pagar kebun. Di sengatnya kat bahagian mata. Nasib baik tak kena pada anak mata.  Sakit...mmg sakit dn rasa tak selesa. Petang baru pergi klinik, kenalah 1 injection dan kena makan ubat-ubat yang banyak ni.



Mata membengkak dek penyengat

4 jenis ubat yang perlu ditelan.










22 September 2020

From Taman Tasik Taiping With Love

Bandar Taiping sebenarnya bukanlah asing bagi aku. Parents aku pernah tinggal di sini semasa bapa aku bekerja sebagai polis dulu. Parents aku juga ada rumah sewa di sana masa dulu.  Adik beradik aku memang suka kalau dapat pergi Taiping , sebab dapat pergi rumah opah yang sporting dan pasar malam dekat pasaraya Larut Matang. Aku juga bersekolah disitu selama 2 tahun.

Taman Tasik Taiping bukan juga asing bagi aku sebab bila nak ke pekan Taiping daripada sekolah memang kena lalu kawasan tu. Dulu tak ada bas daripada sekolah ke pekan.

Cuti baru ni sempat pergi ke Taman Tasik Taiping. Bagi aku , semua photographer  patut pergi ke situ. Pemandangan Tasik Taiping memang cantik. Ini adalah sebahagian kecil bahagian Taman Tasik Taiping yang aku pergi.







Rasanya memang menarik kalau mana-mana pengantin nak buat photoshot kat sini.










21 Julai 2020

Berakhirnya Pokok Bidara dan Buluh Madu

Balik rumah minggu ni , pokok Bidara dan pokok buluh madu ditebang. Pokok buluh yang telah lama ditanam telah berakhir generasi dia.

Pokok buluh madu yang telah berakhir generasi dia. Banyak jasa pokok buluh ni , rebung nya dah banyak kali dapat makan. Sebelum ni ada dalam 3-4 rumpun pokok buluh madu ni. Ini adalah generasi yang terakhir.


Dahan-dahan pokok Bidara yang dibuaang. Cepat membesar betul pokok bidara ni. Banyak bunga da
 n buah dia kebelakang ni.

Dahan pokok Bidara ni membesar hingga keluar pagar dan diatas garaj kereta.
Pokok Biadara mungkin akan cuba ditanam dalam pasu.

Anak Pokok Durian Hitam dan IOI

Memandangkan musim hujan ni sesuai untuk tanam pokok. Aku ambil kesempatan untuk tanam 2 lagi pokok durian iaitu durian hitam dan IOI. Lubang dah tersedia minggu lpeas. Jadi tak adalah banyak kerja sangat.

Anak pokok ni dibeli taklah besar seperti anak pokok durian hitam yang sebelum ni. Haru tu cari kawasan sekitar Jasin dan Merlimau. Satu je nursery yang jumpa dan jual anak pokok durian. Harga boleh tahan juga.


Ini anak pokok durian IOI

Dah tanam kena "kurung" plastik hitam lindung daripada musuh dan panas.

Ini anak pokok Durian Hitam. Kecik je pokok dia.



Dibelakang kejayaan seorang lelaki , pasti ada seorang perempuan di belakang dia. My "Bionic Woman".

Antara kerja yang tak pernah habis.

Semoga anak pokok  durian yang ditanam akan menghasilkan buah yang baik dan banyak. 
Aamiin Ya Rabbil Alaamiin.

08 Julai 2020

Sg. Rambai Airnya Jernih

Heboh , banyak sungai yang kualiti airnya meningkat semasa PKP@COVID-19 . Bukannya air sungai , kualiti udara di negara kita pun telah meningkat. Kurang kenderaan di jalanraya dan kilang-kilang yang tidak beroperasi banyak mempengaruhi kualiti udara.

Di Melaka , selain daripada Sg Melaka , Sg. Rambai juga menarik minat ramai orang disebabkan oleh kualiti air sungai yang meningkat. Air sungai menjadi jernih . Baru-baru ni sempat juga menyinggah di Sg. Rambai yg telah viral tu. Memang jernih air sungainya.



Bagus juga bawa keluarga kat sini sebab di Sg. Rambai ni ,dia adalah kawasan rekreasi.  Da jambatan gantung dan trek joging.









05 Julai 2020

Projek Pokok Durian I

Weekend yang lepas seperti biasa ke kebun. Selain mengemas kebun , aku dan wife tanam 2 anak pokok . 1 anak pokok Durian Hitam atau Black Thorn yang di beli daripada nursery di pasar tani merlimau. Dah lama beli , sebelum PKP lagi.


Harap-harap kaedah "Watering" membantu tumbesaran Duri Hitam ni.

 Nak elakkan daripada musuh dan kepanasan matahari yang terik.


Lepas tanam durian duri hitam , tanam anak pokok yang disemai daripada biji.  Aku pun dah lupa daripada jenis apa durian ni. Rasanya macam D24. Yang ni aku tanam 2 pokok dalam satu lubang. Aku pernah baca didalam internet di Thailand dia orang tanam lebih daripada 1 pokok dalam 1 lubang. 
Aku ada 3 pilihan untuk pokok-pokok ini.
1. Cantumkan batang dia orang bila dah stabil pokok ni.
2. Biarkan dua-dua pokok ni.
3. Tinggalkan pokok yang elok tumbesaran dan buang yang tak ok.
Tengoklah nanti aku buat keputusan.



Ada 2 anak pokok durian ditanam dalam 1 lubang.



Memang perlu plastik hitam ni sebab kawasan ni waktu pagi hingga tengah hari matahari mencanak kawasan ni.

Aku rancang nak tanam 2 lagi anak pokok kahwin minggu depan. Samada dua2 daripada jenis IOI atau 1 IOI dan 1 lagi duri hitam. Tengoklah nanti , yang pasti kena cari yang  tahan lasak sikit.
 So, hari ahad aku sediakan 2 lubang untuk memudahkan aku tanam minggu depan. Aku taburkan Puradan dalam lubang tu.
Lubang dah digali , harap-harap ada la tuannya minggu depan. Hahahahaha. Bila lubang dah ada , tak ada la letih sangat masa nak tanam nanti. Nak kena pasang kain plastik hitam lagi.

So jumpa minggu depan , samada projek yang dirancang berjaya atau tidak.

Doakan pokok-pokok dikebun saya ni berbuah lebat supaya boleh dikongsi rezekinya nanti. 
Inshaa Allah



09 Jun 2020

Pokok Durian , Cempedak dan Jambu

Orang kata kalau tidak diusaha manakan dapat hasilnya. Kalau berangan tanpa usaha tinggal angan-angan jelah.  Daripada tinggal angan-angan , sabtu dan ahad lepas aku dan isteri macam biasa pergi ke kebun yang luas sekangkang kera kata orang.

Sementara isteri aku mengemas kebun , aku menanam Dua batang pokok durian , sebatang pokok cempedak dan jambu. Pokok durian daripada semaian biji durian. Tak pasti kalau hidup bagai Johan bila boleh rasa hasilnya. Tapi yang penting usaha.

Pokok cempedak aku beli dari nursery. Tapi sejarah pokok cempedak ni panjang ceritanya. Pokok Jambu Horne ni kawan adik aku bagi. Satu dah ditanam kat rumah. Yang ini tanam kat kebun pulak la.

In shaa Allah ada lagi pokok yang perlu ditanam termasuk pokok durian duri hitam dan pokok nangka. Di sinilah kami suami isteri akan melepak setiap hujung minggu.


Sempat juga buat kepongan pada pokok jambu dan 1 pokok durian untuk elakkan daripada panas dan musuh.

Sebelum balik sempat ziarah ladang cili depan kebun kita orang. Lagak kita orang macam ladang kita orang. Hahahaha.



Sebenarnya pokok durian ada yang dah keluar hasil. Tapi hasilnya tak ada rezeki kita orang lagi,





31 Mei 2020

Pokok Durian N Jambu Horne

Lama dah nak pergi tanam pokok durian n jambu ni. Benih pokok jambu adik aku bagi, dia dapat daripada kawan dia. 2 pokok semuanya. Tapi nak tanam satu pokok dulu dirumah.


Lepas tanam pokok jambu, tu aku dan mywife pergi kebun macam biasa. Untuk bersihkan kebun dan tanam anak pokok durian yg kita orang semai drp biji. 

 Pokok durian tu aku "cover" dgn batang pokok limau utk elak drp "perosak" lembu, monyet n babi. 
Semoga kedua2 pokok tu akan menghasilkan buah yg banyak. Aamiin. 

Tahun lps aku ada tanam 5 anak pokok durian tapi yg hidup hanya 3 sahaja. 



Pokok nangka pun sempat aku tanam. 
Masalah utama selain drp perosak yg aku cakap tadi, air merupakan musuh utama sbb aku tak ada sumber air. 
Kebun aku dulu pernah ada paip air tapi bayaran dia tinggi juga, walaupun kadang2 aku langsung tak guna air paip tu, bil air yg perlu aku bayar ada RM26 sebulan. 
Sbb jarang pakai n bayaran yg tinggi aku potong je paip tu. 
Ini pokok durian yg dah berbuah tapi  tak pernah rasa buah dia lagi. Jadi habuan...