15 Julai 2011

Bulan Disebalik Rimbunan Pokok Buluh Madu

Salam sejahtera,

Kebesaran Allah tiada siapa dapat menafikannya. Semalam kebetulan aku dan keluarga dapat menikmati kebesaran Allah dengan ciptaanNya. Suasana menanti bulan Ramadhan telah mula dirasai. Menanti bulan Ramadhan dan Syawal menjadi cakerawala bulan ciptaan Allah S.W.T. begitu popular...Semalam 14 hb bulan , menjanji kemuculan bulan yang penuh. Aku mengambil kesempatan merakam keindahan bulan di sebalik pokok buluh madu yang aku tanam di rumah.

Begitu pun aku tak berapa puas , kerana kekangan pada kamera yang ada , gambar yang diambil tidak seperti yang dilihat secara kasar....itu yang bertambah keinginan untuk menambah koleksi kamera DSLR pula....Semoga hajat tercapai Amin.