29 Julai 2010

Minat Baru Aku - Magnetic Fridge

Salam,

Entah bila pulak aku minat menumpul "Magnetic Fridge" ni. Tapi aku teruja dengan bentuk2 yang menarik. So kalau aku jumpa yang menarik dan harganya tidak berapa mahal aku belilah untuk menambah collection. Kalau aku ke sesuatu tempat yang baru pasti aku akan mencari Magnetic Fridge ni. Yang terbaru adalah sumbangan isteri ku yang ke langkawi baru2 ni...



So kalau sesiapa yang nak menderma , bolehlah ...atau aku sudi membelinya kalau ada mana2 rakan yang ke sesuatu tempat lain. Paling jauh "Magnetic Fridge" ni datangnya dari Turki...sumbangan dari seorang kawan.

Kalau Burnt n Aiman anak kak bedah nak contribute apa salahnya.....

28 Julai 2010

Harga Minyak Naik , Harga Barang Turun ?




Salam,

Harga nasi lemak dah naik 20 sen beritahu isteriku kepada aku semasa membeli nasi lemak untuk bekal aishah ke PASTI. Aku kata biasalah dan memang patut . Bagi aku hanya orang hilang akal aje akan mengatakan barang tak akan naik. Aku memberi contoh syarikat bas yang akan menaikkan tambang bas memang logik. Banyakkan , walaupun kenaikannya hanya 5 sen tapi kos operasinya akan meningkat dan menjejas keutungan mereka (kalau ada) .

Kalau sebuah bas untuk 1 perjalanan akan meningkat sebanyak RM10 , kalau 10 perjalanan bermakna kos perjalanan bagi satu bas untuk satu hari telah meningkat sebantak RM100. Kalau 10 buah bas bermakna kos operasi telah meningkat sebanyak RM1000 untuk 1 hari . Kalau sebulan , setahun....sapa nak tanggung.... Rakyat le....Rakyat Diutamakan.....

Begitu juga dengan penjual2 makanan yang lain...., kalau harganya tak naik kuantitinya akan berkurangan...kalau dulu, makan 1 bungkus sekarang kena makan 2 bungkus....sapa tanggung, rakyat lagi.....hahahahaha......
Kalau kita mempunyai pemikiran yang cerdik , janganlah memberi kenyataan yang tidak cerdik. Buat malu aje, bukan orang tak nak komen, tapi orang tak nak terjerumus dalam golongan orang yang kurang cerdik....yang memberi kenyataan tu....

Itulah ketentuanNYA , bila minyak naik , harga barang juga akan naik....KetentuanNya boleh berubah jika mengguna akal yang cerdik....Ini adalah pandangan aku aje...orang lain mungkin tak setuju....Ikut merekalah....

22 Julai 2010

Batuk N Sakit Tekak

Salam...

Minggu ni aku berasa tidak sedap badan. Selepas balik dr. kg. on weekend , isnin tu aku dapat batuk n sakit tekak yg teruk, badan pun rasa tak sedap. Isteri aku aje yg hantar aishah ke sekolah. Aku yang seharusnya jumpa supervisor aku pun terpaksa tunda, memang rasa tak larat , aku tak ke pejabat langsung. Nasib baik ada isteri aku yang baik hati melayan aku. Supervisor call aku hari tu nak beritahu dia tak boleh jumpa aku pd hari selasa pagi seperti yg dijanjikan. Tapi bila dengar suara aku dia pun kata dia tak paksa aku datang jumpa dia, sms dia bila aku dah ok.

Aku pun risau juga kalau berjangkit kat supervisor aku , batuk ni. Tapi aku rasa this week n last week mcm semuanya tak menjadi. Last week , semasa betul printer , habis toner dia berterabur kat netbook aku...jenuh aku mencucinya , toner yang baru ditukarkan habis.....aku tak test lagi printer aku tu...

Hari selasa lepas , kawan aku Che Zamrey call...terperanjat juga tengok nama dia muncul kat screen handphone aku..lama tak dengar berita dari dia..Berita sedih yang dia sampaikan , kawan aku masa belajar di KPP dan housemate masa di UK, Ahmad Nizam , telah meninggal dunia kerana sakit jantung 17 hb yang lepas....Al Fatihah , Semoga roh beliau di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan rohnya sentiasa dicucuhri rahmat.

Dalam badan batuk2 , aku sempat juga singgah di kebun bersama isteriku, teringatkan buah nangka yang sedang membesar. Ada rezeki kami , ada sebiji buah nangka yang dah berbau (masak). ... Kami petik juga sebiji nangka yang nampak mcm dah tua..dikutip juga buah limau sambal yang banyak atas pokok dan buah jambu tanpa biji....

Sedihnya bila dibelah nangka yang dah masak tu...isinya tak berwarna kuning dan rasanya tawar aje....Entahle...semuanya seperti tak menjadi minggu ni dan minggu lepas...Mungkin itulah ketentuanNYA....Aku berdoa semoga di teguhkan imam dalam menghadapi dugaan ini dan memohon kehidupan yang lebih tenang pada masa hadapan....Semoga Allah memperkenankannya..AMIN...

18 Julai 2010

Doktor N Nurse



Assalamualaikum...

N3 aku kali ni mungkin lain sikit drp yang lepas2...Aku ingin memberi pandangan tentang "profession" pekerjaan dokor dan nurse...tapi rasanya mungkin lebih kepada doktor..Idea luahan ini datang semasa semapt menjaga arwah apak di hospital Ipoh semasa arwah apak ditahan di Hospital Ipoh......Ramai emak bapak yang yang menaruh harapan tinggi supaya anak2 mereka dapat menjadi doktor....Sebab tu ramai yang sibuk bila keputusan peperiksaan SPM diumumkan...mulalah sibuk mak bapak sibuk menyuruh anak memohon kursus doktor...Tempat yang terhad di IPTA menjadi ia satu persaingan yang sengit.....Ada juga yang sibuk memohon anak2 mereka dihantar ke overseas untuk mengikuti jurusan doktor.....Begitu juga kepada mereka yang keputusan mereka kurang baik , mereka memohon untuk menjadi nurse dan sewaktu dengannya....Terkenal dengan permohonan SPA...manakan tidak bulan2 dapat elaun RM600 dan bila habis Insya'Allah kerja akan menunggu....Aku tidak mempertikaikannya....

Apa yang aku nak bincangkan adalah ada diantara mereka yang telah berjaya ingin keluar daripada perjanjian ( tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan seperti yang termaktub dalam perjanjian ). Antara alasan mereka ialah gaji rendah tapi kerja susah dan remeh....Aku tak nafikan memang kerjanya susah sikit dan remeh jika dibandingkan dengan kerja2 lain TAPI TIDAK SEMUA...SEMUA PEKERJAAN ADA SUSAH dan SENANGNYA.....APAKAH KERJA DOKTOR LEBIH SELAMAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KERJA ASKAR ATAU KERJA POLIS....HAKIM...PENCUCI BANGUNAN TINGGI...???

Apa yang menjadi kebencian aku ialah ada diantara mereka telah mencui hak orang lain kerana mereka mempunya kedudukan dan pengaruh. Mereka menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka supaya anak mereka dapat diserapkan kedalam jurusan doktor dan ditanggung kerajaan walaupun mereka tidak layak.....Apakah selepas tamat mereka mahu lari dari tanggungjawab mereka.....
Tiada siapa yang menyuruh mereka memohon jurusan tersebut. Kalauada pihak tertentu "offer" anda kursus tersebut ada punya hak untuk menolaknya....kalau ada keupayaan..hantar sendiri...lepas tamat boleh buat kerja mana kau suka...Aku sukan mencadangkan supaya perjanjian di ketatkan untuk bidang2 yang kritikal , letakan antara syaratnya adalah :-

MEREKA YANG TELAH TAMAT DENGAN JAYANYA DIIKAT SEPANJANG HIDUP DAN JIKA INGIN KELUAR DARIPADA PERJANJIAN TERSEBUT HENDAKLAH MENCARI ORANG LAIN MENGANTIKANNYA ( DIA BOLH SPONSOR SEORANG PELAJAR SEHINGGA PELAJAR TERSEBUT TAMAT UNTUK MENGGANTIKANNYA).

Nampak zalim tapi INGAT siapa suruh anda tandatangan borang perjanjian tersebut...

Aku juga mencadangkan hospital-hospital pakar juga membiayai pelajar2 yang berminat dalam bidang perubatan , dengan cara ini , tidak berlaku lompat-melompat....seperti katak....

Dengan cara ini aku rasa mungkin boleh mengurangkan masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan dan mereka yang benar2 jujur dan ikhlas sahaja akan memohon jurusan ini dan mereka yang berkemampuan tidak akan menyalah guna kuasa yang mereka ada. Ini juga akan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kuasa, peluang lebih untuk mengikuti kursus ini.

Ini adalah pandangan aku selepas mengharungi pengalaman menjaga arwah apak dihospital...Itulah ketentuanNYA....

09 Julai 2010

Bila Keluarga Berkumpul

Al-Fatihah disedekahkan Kepada Ayahanda Zamzuri Bin Imam Rais. Al-Fatihah. ..Cuti sekolah yang lepas, adik beradik berkumpul di kg untuk pertama kalinya selepas permergian apak. Semuanya ada kecuali dari keluarga kak bedah yang mempunyai urusan yang tidak dijangka. Selain daripada mengadakan kenduri arwah2 apak, emak dan makcik lijah yang diketuai oleh cik adik , terdapat urusan2 lain yang menjadi agenda......Bila berkumpul ramai-ramai memang seronok, makan ramai-ramai , masak ramai-ramai , kemas ramai, borak ramai-ramai...banyak cerita yang nak dikongsi....TAPI yang tak bestnya bila makan ramai-ramai , komen ramai-ramai tapi masak dan berkemas sorang-sorang...itu yang sakit jiwa tu...apa nak buat...pandai-pandailah bawa diri....

Kak Ani dan anak balik ke Kuantan Pahang selepas kenduri arwah...jauh tu...lepas tu berangkatlah keluarga2 yg lain...cik adik n keluarga balik hari Isnin....Aku perlu singgah di Pulau Indah dan Shah Alam kerana ada "passenger" yang perlu diturunkan...On the way balik...jam pulak tu...Highway jam...hanya berlaku di Malaysia aje kot...rupanya ada kemalangan...aku tengok mcm dah settle aje..tapi masih jam lagi....Yang mengikut lane kecemasan mmg ramai yg menyebabkan kesesakan menjadi lebih serius....Mereka ni aku gelarkan "..............."Hampir sejam kami terperangkap dalam jam tersebut...


Lewat malam juga baru kami sampai rumah.....Itulah ketentuanNYA.....

02 Julai 2010

BerKolokium......

Assalamualaikum...

Baru2 ni aku attend kolokium...sahaja nak bagi moral "support" pada fakulti .( entahlah kalau aku je yang perasan). Aku present proposal aje pun...2 proposal...Aku nak berkongsi maklumat dan nak dapat feedback daripada kawan2 yang lebih banyak idea...bolehlah aku betulkan yang mana perlu...


Aku tengok ramai betul pensyarah2 baru yang aku tak kenal...mahu separuh daripada mereka...Itu tandanya fakulti aku dah berkembang...tapi tak tau le...samada dia orang nak terima aku lepas ni...tunggu aje le.....



Datuk Pengarah sudi datang untuk majlis penutup...kira bagusle sokongan yang beliau beri...budak2 ni cakap nak "bakar semangat" buat penyelidikan...dia cakap kalau bakar...nanti tinggal abu...so dia tukar kepada "meniup semangat"....tak kira apa lah...yang penting kena le buat penyelidikan kalau nak hidup sekarang ni.....Itulah ketentuan pada masa sekarang yang telah berubah dari zaman yang lepas...

01 Julai 2010

Yang Menyibukkan ....

Salam...lama juga aku tak buat n3 dalam blog ni...selepas sibuk dengan presentation belajar aku..aku ada dua perkara yang menghalang aku buat n3 dalam blog ni...walaupun banyak yg aku nak buat n3...itulah KetentuanNYA...

Pertama aku nak habiskan laporan kajian yang telah dibuat...Kajian tu dapat peruntukkan dan seharusnya habis awal lagi...kesibukan menghalangnya...(antara alasan yg mendapat ranking tertinggi). Walaubagaimana pun ia dapat diselesaikan...Alhamdulillah....

Selepas selesaikan laporan tersebut..sibuk pulak dengan kertas kajian yang baru...bukan senang nak minta duit orang (duit rakyat, bukan duit orang tertentu). 2 kertas cadangan kajian yang perlu di selesaikan...aku dan ahli kumpulan sibuk menyiapkannya. Nak memikirkan tajuk yang sesuai pun terpaksa memerah otak yg tak seberapa .....

Dah siap nak hantar...ada pula perubahan yang perlu di buat , selepas mendengar taklimat daripada orang yang pakar mengisi borang ni...so banyak juga yang perlu dibuat perubahan..Itu yang membuat aku kadang2 tidur pun tak menentu...tapi tidurnya cukup kecuali hari nak hantar borang tersebut. -:)

Semuanya itu adalah ketentuanNYA yang boleh diubah jika kerjanya lebih sistematik....