21 Julai 2020

Berakhirnya Pokok Bidara dan Buluh Madu

Balik rumah minggu ni , pokok Bidara dan pokok buluh madu ditebang. Pokok buluh yang telah lama ditanam telah berakhir generasi dia.

Pokok buluh madu yang telah berakhir generasi dia. Banyak jasa pokok buluh ni , rebung nya dah banyak kali dapat makan. Sebelum ni ada dalam 3-4 rumpun pokok buluh madu ni. Ini adalah generasi yang terakhir.


Dahan-dahan pokok Bidara yang dibuaang. Cepat membesar betul pokok bidara ni. Banyak bunga da
 n buah dia kebelakang ni.

Dahan pokok Bidara ni membesar hingga keluar pagar dan diatas garaj kereta.
Pokok Biadara mungkin akan cuba ditanam dalam pasu.

Anak Pokok Durian Hitam dan IOI

Memandangkan musim hujan ni sesuai untuk tanam pokok. Aku ambil kesempatan untuk tanam 2 lagi pokok durian iaitu durian hitam dan IOI. Lubang dah tersedia minggu lpeas. Jadi tak adalah banyak kerja sangat.

Anak pokok ni dibeli taklah besar seperti anak pokok durian hitam yang sebelum ni. Haru tu cari kawasan sekitar Jasin dan Merlimau. Satu je nursery yang jumpa dan jual anak pokok durian. Harga boleh tahan juga.


Ini anak pokok durian IOI

Dah tanam kena "kurung" plastik hitam lindung daripada musuh dan panas.

Ini anak pokok Durian Hitam. Kecik je pokok dia.



Dibelakang kejayaan seorang lelaki , pasti ada seorang perempuan di belakang dia. My "Bionic Woman".

Antara kerja yang tak pernah habis.

Semoga anak pokok  durian yang ditanam akan menghasilkan buah yang baik dan banyak. 
Aamiin Ya Rabbil Alaamiin.

08 Julai 2020

Sg. Rambai Airnya Jernih

Heboh , banyak sungai yang kualiti airnya meningkat semasa PKP@COVID-19 . Bukannya air sungai , kualiti udara di negara kita pun telah meningkat. Kurang kenderaan di jalanraya dan kilang-kilang yang tidak beroperasi banyak mempengaruhi kualiti udara.

Di Melaka , selain daripada Sg Melaka , Sg. Rambai juga menarik minat ramai orang disebabkan oleh kualiti air sungai yang meningkat. Air sungai menjadi jernih . Baru-baru ni sempat juga menyinggah di Sg. Rambai yg telah viral tu. Memang jernih air sungainya.



Bagus juga bawa keluarga kat sini sebab di Sg. Rambai ni ,dia adalah kawasan rekreasi.  Da jambatan gantung dan trek joging.









05 Julai 2020

Projek Pokok Durian I

Weekend yang lepas seperti biasa ke kebun. Selain mengemas kebun , aku dan wife tanam 2 anak pokok . 1 anak pokok Durian Hitam atau Black Thorn yang di beli daripada nursery di pasar tani merlimau. Dah lama beli , sebelum PKP lagi.


Harap-harap kaedah "Watering" membantu tumbesaran Duri Hitam ni.

 Nak elakkan daripada musuh dan kepanasan matahari yang terik.


Lepas tanam durian duri hitam , tanam anak pokok yang disemai daripada biji.  Aku pun dah lupa daripada jenis apa durian ni. Rasanya macam D24. Yang ni aku tanam 2 pokok dalam satu lubang. Aku pernah baca didalam internet di Thailand dia orang tanam lebih daripada 1 pokok dalam 1 lubang. 
Aku ada 3 pilihan untuk pokok-pokok ini.
1. Cantumkan batang dia orang bila dah stabil pokok ni.
2. Biarkan dua-dua pokok ni.
3. Tinggalkan pokok yang elok tumbesaran dan buang yang tak ok.
Tengoklah nanti aku buat keputusan.



Ada 2 anak pokok durian ditanam dalam 1 lubang.



Memang perlu plastik hitam ni sebab kawasan ni waktu pagi hingga tengah hari matahari mencanak kawasan ni.

Aku rancang nak tanam 2 lagi anak pokok kahwin minggu depan. Samada dua2 daripada jenis IOI atau 1 IOI dan 1 lagi duri hitam. Tengoklah nanti , yang pasti kena cari yang  tahan lasak sikit.
 So, hari ahad aku sediakan 2 lubang untuk memudahkan aku tanam minggu depan. Aku taburkan Puradan dalam lubang tu.
Lubang dah digali , harap-harap ada la tuannya minggu depan. Hahahahaha. Bila lubang dah ada , tak ada la letih sangat masa nak tanam nanti. Nak kena pasang kain plastik hitam lagi.

So jumpa minggu depan , samada projek yang dirancang berjaya atau tidak.

Doakan pokok-pokok dikebun saya ni berbuah lebat supaya boleh dikongsi rezekinya nanti. 
Inshaa Allah