11 Julai 2014

Rombongan Keluarga ZAM

Assalamualaikum.

Khayalan menjadi kenyataan. Impian Arwah Atok Zam untuk membawa rombongan keluarga Zam telah direalisasikan pada 31/5/2014. Alhamdulillah berkat kerjasama dan tolak ansur adik beradik , rombongan ke Kelantan bersama-sama keluarga Zamzuri telah dapat dilakukan. Tujuan utama adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang berkahwin dengan orang Kelantan.

Bas yang disewa untuk 28 keluarga Zamzuri telah bertolak dari Sayong , Kuala Kangsar pada pukul 4.00 pagi pada 31/5/2014. Terima kasih kepada ketua rombongan Cikgu Bahari Dan Cikgu Nan sekeluarga menyediakan "Parking" untuk kereta kita orang dan menumpang tidur

Menanti Penuh Sabar...Excited Nak Pi Rombongan
.
Gembiranya



Menanti Laksam Di Pasar Siti Khatijah



Riuh Rendah Menanti Bas Hahahaha

Menaiki Bas Seawal 4.00 pagi

Doa Dibaca Setiap Kali Memulakan Perjalanan


Di Rumah Pengantin

Singgah Di Pantai Cahaya Bulan

Di HomeStay Tempat Bermalam.

Gambar Keluarga




Driver Ke 3...Berlakun ....


Rombongan sempat singgah di PCB ,Wakaf Che Yeh Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang sebelum balik ke Sayong. Keesokan harinya 2/6/2014 , Sempat juga diadakan kenduri kesyukuran menyambut ulang tahun hari lahir kelahiran beberapa ahli keluarga dan sempena persaraan Cikgu Bahari. Semoga semua usaha kita mendapat keberkatan Allah SWT. Terima kasih semua atas kerjasama dan sifat "Sporting" termasuklah Driver yang sporting...Kemana kita weh lepas ni....Perlis...Jom kite ke Perlis....