23 Jun 2026

Tupai King

 


Sebelah dia pokok Musang King yang ada masalah pembesaran.


Ini adalah pokok Tupai King yang baru ditanam 21062026. Pokok ni ditanam sebelah dengan pokok Musang King yang tak berapa sihat. Harga anak pokok ni boleh tahan juga , aku beli dengan harga RM100 , sepatutnya harga dia RM125 tapi masa aku tanya pembantu penjual tu dia cakap RM85. Masa nak bayar , penjual cakap Rm125 , kemudian dia bagi RM100. Entah lah
Kat kebun aku tak ada lagi jenis Tupai King. Harap2 pokok ni membesar dengan baik dan mengeluarkan hasil yang banyak. Kenapa tanam Tupai King? Aku sebenarnya nak cari jenis yang tak ada dekat kebun aku. Jumpa yang ni aje. Jadi beli yang ni jelah. 

14 Februari 2026

Gantikan Pokok Durian Kim Hong

 Anak Pokok Kim Hong yang ada masalah hari tu telah aku gantikan dengan anak pokok yang baru. Anak pokok durian Kim Hong tu aku beli daripada nursery yang lain. 8hb Jan 2026 selamat anak pokok tu ditanam dikebun. Semoga anak pokok durian tu membesar  dengan baik dan menghasilkan buah yang banyak. Aamin .




08 Januari 2026

Gugurnya Pokok Durian Kim Hong

 


Pokok Durian Kim Hong ni sebelum ni nampak segar sahaja. Tumbesaran nya pun memang mengembirakan aku. Aku tak letak dia dalam pokok yang perlu diberi perhatian. Tapi 2-3 minggu lepas aku tengok terdapat daun dia yang gugur. Ingatkan disebabkan kurang air atau terlebih baja.
Tapi minggu lepas keadaan dia jadi seperti di dalam gambar tu. Aku jangkakan mungkin disebabkan oleh kulat. 
Sekarang ni tengah mencari anak pokok yang lain. Mungkin mencari jenis Kim Hong juga. Sebelum tu mungkin kena rawat tanah dia dulu. Wish me luck...