Pokok Durian Kim Hong ni sebelum ni nampak segar sahaja. Tumbesaran nya pun memang mengembirakan aku. Aku tak letak dia dalam pokok yang perlu diberi perhatian. Tapi 2-3 minggu lepas aku tengok terdapat daun dia yang gugur. Ingatkan disebabkan kurang air atau terlebih baja.
Tapi minggu lepas keadaan dia jadi seperti di dalam gambar tu. Aku jangkakan mungkin disebabkan oleh kulat.
Sekarang ni tengah mencari anak pokok yang lain. Mungkin mencari jenis Kim Hong juga. Sebelum tu mungkin kena rawat tanah dia dulu. Wish me luck...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan