05 Julai 2020

Projek Pokok Durian I

Weekend yang lepas seperti biasa ke kebun. Selain mengemas kebun , aku dan wife tanam 2 anak pokok . 1 anak pokok Durian Hitam atau Black Thorn yang di beli daripada nursery di pasar tani merlimau. Dah lama beli , sebelum PKP lagi.


Harap-harap kaedah "Watering" membantu tumbesaran Duri Hitam ni.

 Nak elakkan daripada musuh dan kepanasan matahari yang terik.


Lepas tanam durian duri hitam , tanam anak pokok yang disemai daripada biji.  Aku pun dah lupa daripada jenis apa durian ni. Rasanya macam D24. Yang ni aku tanam 2 pokok dalam satu lubang. Aku pernah baca didalam internet di Thailand dia orang tanam lebih daripada 1 pokok dalam 1 lubang. 
Aku ada 3 pilihan untuk pokok-pokok ini.
1. Cantumkan batang dia orang bila dah stabil pokok ni.
2. Biarkan dua-dua pokok ni.
3. Tinggalkan pokok yang elok tumbesaran dan buang yang tak ok.
Tengoklah nanti aku buat keputusan.



Ada 2 anak pokok durian ditanam dalam 1 lubang.



Memang perlu plastik hitam ni sebab kawasan ni waktu pagi hingga tengah hari matahari mencanak kawasan ni.

Aku rancang nak tanam 2 lagi anak pokok kahwin minggu depan. Samada dua2 daripada jenis IOI atau 1 IOI dan 1 lagi duri hitam. Tengoklah nanti , yang pasti kena cari yang  tahan lasak sikit.
 So, hari ahad aku sediakan 2 lubang untuk memudahkan aku tanam minggu depan. Aku taburkan Puradan dalam lubang tu.
Lubang dah digali , harap-harap ada la tuannya minggu depan. Hahahahaha. Bila lubang dah ada , tak ada la letih sangat masa nak tanam nanti. Nak kena pasang kain plastik hitam lagi.

So jumpa minggu depan , samada projek yang dirancang berjaya atau tidak.

Doakan pokok-pokok dikebun saya ni berbuah lebat supaya boleh dikongsi rezekinya nanti. 
Inshaa Allah



1 ulasan:

Marsya berkata...

Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.com ^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856