09 Julai 2010

Bila Keluarga Berkumpul

Al-Fatihah disedekahkan Kepada Ayahanda Zamzuri Bin Imam Rais. Al-Fatihah. ..Cuti sekolah yang lepas, adik beradik berkumpul di kg untuk pertama kalinya selepas permergian apak. Semuanya ada kecuali dari keluarga kak bedah yang mempunyai urusan yang tidak dijangka. Selain daripada mengadakan kenduri arwah2 apak, emak dan makcik lijah yang diketuai oleh cik adik , terdapat urusan2 lain yang menjadi agenda......Bila berkumpul ramai-ramai memang seronok, makan ramai-ramai , masak ramai-ramai , kemas ramai, borak ramai-ramai...banyak cerita yang nak dikongsi....TAPI yang tak bestnya bila makan ramai-ramai , komen ramai-ramai tapi masak dan berkemas sorang-sorang...itu yang sakit jiwa tu...apa nak buat...pandai-pandailah bawa diri....

Kak Ani dan anak balik ke Kuantan Pahang selepas kenduri arwah...jauh tu...lepas tu berangkatlah keluarga2 yg lain...cik adik n keluarga balik hari Isnin....Aku perlu singgah di Pulau Indah dan Shah Alam kerana ada "passenger" yang perlu diturunkan...On the way balik...jam pulak tu...Highway jam...hanya berlaku di Malaysia aje kot...rupanya ada kemalangan...aku tengok mcm dah settle aje..tapi masih jam lagi....Yang mengikut lane kecemasan mmg ramai yg menyebabkan kesesakan menjadi lebih serius....Mereka ni aku gelarkan "..............."Hampir sejam kami terperangkap dalam jam tersebut...


Lewat malam juga baru kami sampai rumah.....Itulah ketentuanNYA.....

Tiada ulasan: