29 September 2025

Anak Pokok Musang King

Pokok durian Musang King memang cerewet sikit untuk menanamnya. Projek pencen aku tu , ada 2 anak pokok Musang King yang aku tanam . Kedua-duanya ada masalah , daun nya menguning aje. Ahad lepas aku "decide" untuk tanam sebatang anak pokok Musang King disebelah pokok yang ada masalah tu. Kalau pokok yang ada masalah tu , tak membesar seperti yang diharapkan ,adalah pengganti nya.

Tapi kalau kedua2nya ok , kita tengok macam mana... hahahaha.... Sekarang ni tak boleh tunggu pokok mati baru nak tanam yang baru. Kena bertindak cepat , masa tu emas...:)

Yg depan tu pokok baru tanam , yang belakang tu pokok lama , dah berumur hampir setahun di kebun.




22 September 2025

Anak Pokok Durian Kim Hong Dan Udang Merah

Salah satu daripada anak pokok Mothong yang aku tanam telah mati selepas daripada aku balik Haji. Anak pokok tu pun memang tidak berapa sihat semasa aku beli hari tu. Jadi , selepas balik daripada Haji aku beli 2 anak pokok durian , Kim Hong dan Udang Merah. Aku beli daripada nursery yang aku tak pernah pergi. Aku pilih pokok dalam 2-3 kaki sahaja dan tidak seperti sebelumnya yang tinggi pokok lebih daripada 4 kaki. Harga pun tak mahal , RM25 aje.

Anak Pokok Durian Udang Merah aku tanam bersebelahan dengan pokok durian yang sedia ada , yang ditanam secara biji.

Anak Pokok Durian Kim Hong aku tanam di tempat anak pokok Mothong yang mati hari tu.

Bertambah variety pokok durian di kebun aku ...:)
Semoga pokok-pokok durian kat kebun aku membesar bagai johan dan menghasikan buah yang banyak. Aamiin .



08 September 2025

Gantian Pokok Yang Terbakar

Minggu lepas aku ke nursery mencari anak pokok limau nipis , lemon , cempedak dan ciku yang terbakar tempoh hari. Aku selitkan juga anak pokok Musang King untuk ditanam di sebeah pokok yang kurang kesuburan nya yang ditanam semasa projek pencen aku.


Jumaat lepas mengambil keberkatan Maulidur Rasul dan hari Jumaat , aku sempat menanam  1 pokok lemon dan 2 pokok limau nipis.




2 hari lepas , Hari Ahad aku sambung tanam 2 pokok , pokok Ciku dan pokok cempedak CH08.







Kebun Terbakar



Terima call daripada kawan kebun sebelah , memberitahu kebun aku sedang terbakar. Disertakan sekali dengan video kebun sedang terbakar. Waktu tu aku outstation luar daripada kawasan. Perasaan terperanjat dan risau masa tu mula menghantui diri aku. Nampak macam teruk...

Aku bagitau wife tapi bagitau kat dia semua under control sebab aku tak nak spoil mood cuti masa tu. Selagi tak tengok kesan daripada kebakaran tu , hati tak tenang dan dalam masa yang sama berdoa semoga kebakaran tu tak teruk. Terima kasih kepada pekerja2 kawan aku tu sebab tolong padamkan api tersebut. Kalau tidak mungkin lebih teruk lagi.




 

Kesan daripada kebakaran tersebut. Pokok-pokok kecil habis terbakar termasuk pokok cempedak yang ditanam minggu lepas. Pokok cempedak King yang telah berusia 4 tahun juga menerima kesan nya.