Salah satu daripada anak pokok Mothong yang aku tanam telah mati selepas daripada aku balik Haji. Anak pokok tu pun memang tidak berapa sihat semasa aku beli hari tu. Jadi , selepas balik daripada Haji aku beli 2 anak pokok durian , Kim Hong dan Udang Merah. Aku beli daripada nursery yang aku tak pernah pergi. Aku pilih pokok dalam 2-3 kaki sahaja dan tidak seperti sebelumnya yang tinggi pokok lebih daripada 4 kaki. Harga pun tak mahal , RM25 aje.
Memaparkan catatan dengan label mothong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mothong. Papar semua catatan
22 September 2025
Anak Pokok Durian Kim Hong Dan Udang Merah
Anak Pokok Durian Udang Merah aku tanam bersebelahan dengan pokok durian yang sedia ada , yang ditanam secara biji.
Anak Pokok Durian Kim Hong aku tanam di tempat anak pokok Mothong yang mati hari tu.
Bertambah variety pokok durian di kebun aku ...:)
Semoga pokok-pokok durian kat kebun aku membesar bagai johan dan menghasikan buah yang banyak. Aamiin .
03 Februari 2025
Anak Durian Mothong
Semalam 2/2/2025 , tambah dua lagi anak pokok durian. 2 anak pokok durian Mothong yang dibeli 2 minggu lepas selamat dipindahkan ke kebun semalam. Memandangkan piping air dan lubang memang dah tersedia , proses menanam mudah sikit. Yang meletihkan adalah nak bawa tanah hitam dan pokok-pokok ni daripada bawah ke atas. Memang megah hahahaha...
Orang kata pokok durian Mothong ni banyak ditanam di Thailand dan isi nya keras... Tapi di Thailand di petik bukan jatuh sendiri. Rasanya kalau jatuh sendiri , isi dia tak keras kot. Harap-Harap :)
So kat atas ni dah ada 12 batang anak pokok durian dengan 5 jenis pokok durian.
https://www.kampustani.com/budidaya-durian-monthong/#google_vignette
Anak-anak pokok ni macam kurang sikit tapi sebab nak tanam juga dikebun sebelum bulan puasa ni , beli jugalah . Harga RM50 sepokok. Semoga pokok-pokok durian ni membesar bagai johan dan menghasilkan buah yang berkualiti dan banyak. Aamin Ya Rabbil Allamin.
Ada 2 lagi lubang kosong kat bahagian atas ni , rancang nak tanam mangga epal and matoa.
Labels:
anak pokok mothong,
mothong,
pokok durian mothong
Langgan:
Catatan (Atom)


