21 Disember 2010

ATM Telan Duit

Mungkin ramai yg terkena tapi senyap begitu aje...Dulu hanya dengar cerita , tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru terkulat-kulat. Awal Disember lepas duit yang aku keluar melalui ATM tak keluar tapi bakinya ditolak dengan duit yg sepatutnya keluar dari ATM.
Nak kata banyak tidak lah, tapi mungkin cukup untuk duit dapur rumah aku sebulan....

Panik aku dibuatnya...aku rasa macam mimpi bila duit tak keluar daripada ATM tu , tambahan pula lepas tu ATM tu terus keluar mesej OUT OF SERVICE... Tindakan aku , aku terus ke Bank ATM tersebut yang berhampiran...aku check dulu baki dalam akaun aku...sah baki yang ada adalah setelah ditolak dengan wang yang sepatutnya keluar dari ATM tersebut...

Aku diberi borang untuk diisi...staf perempuan bank tu bagitau...kes tu boleh selesai dalam masa 24 jam...memandangkan aku perlu bawa buku akaun semasa buat lapuran...jadi aku tangguh dulu "submit" borang laporan tersebut...selain aku ada tugas lain yg perlu aku selesaikan...

Dalam pukul 2 lebih...aku hantar borang tersebut pd staff lelaki dan dimaklumkan perlu mengambil masa 1 minggu...lain orang lain maklumat...Tak kisahlah , yang penting aku dapat balik duit tersebut...

Malam tu aku browse ke internet...rupanya banyak kes duit hilang daripada Bank...banyak juga kes yang duit tak dapat balik. Aku hilang harapan untuk dapat duit aku...

Selepas seminggu aku gi bank tu semula nak tahu progress duit aku tu...Staf kat sana mulanya mcm suruh aku tunggu vendor call...then seorang staf tu suruh tunggu 1 minggu...aku kata kes ni dah 1 minggu ...

Lepas tu aku tanya staf yg handle kes aku...kalau aku nak buat laporan kat Bank Negara..Ok..ke..Staf tu tanya staf yg mungkin lebih senior kat situ..Dengar aje aku nak report kat bank negara , dia suruh aku tunggu , sebab dia nak tanya pengurus dia...

Ha...baru dia tahu..dia ingat aku main2...org yg responsible tu gi lunch....so dia janji org tu akan call aku...Pukul 1 tgh org tu call aku...dia cakap kes aku dah stage terakhir...tapi yang peliknya..dia ada bagi tau kat vendor kes aku ni...tapi vendor gi salah tempat...dan dia bagi tau aku...esok dia suruh vendor gi tempat ATM yang aku hilang duit tu...Cis...kalau aku tak gertak tadi ....mau kes aku senyap aje...

3 hari lepas tu..aku gatal tangan chk akaun bank aku...duit yg hilang dah dimasuk semula n besok tu..dia org call aku maklumkan duit aku dah masuk...terima kasih...

Moral of the story....ramai yang hilang duit kat bank , kalau kita tak gertak dia orang , duit kita akan terus hilang....mcm mana kalau org kg hilang duit...dan hanya tunggu pihak bank ambil tindakan...mau kaya dia org....mana dia slogan "custome always right"...hampeh...kesian...

Bank mana aku kena...?????

Tiada ulasan: