Memaparkan catatan dengan label PASTI AT-TAQWA 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTI AT-TAQWA 2. Papar semua catatan

27 Jun 2011

Meniti Di Sukan PASTI Malaysia 2011 - Trengganu

Assalamualaikum,

Malam 23/06/2011 aku , isteri dan Aishah bertolak ke Pasti At-Taqwa 2 untuk menunggu bas rombongan ke Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011 yang di adakan di Padang Kompleks Telekom Rusila , Trengganu. Aishah akan mewakili Pasti Melaka dalam sukan Bolajaring.

Rombongan bertolak dengan 2 biji bas , 1 bas membawa pasukan bola sepak , bola jaring dan guru-guru pengiring dan 1 bas lagi membawa ibu-bapa yang menjadi menyokong pasukan Pasti Melaka. Rombongan ini juga disertai dengan 3 biji kereta ibubapa dan ada ibubapa yang menyusul kemudian dengan kenderaan masing2.


Berhenti Berehat di R&R


Telah sampai ke destinasi , memasang Banner di Bas.
Banner Depan Bas.

Selepas berhenti di R&R Muadzam dan bersembahyang subuh di Masjid Paka , rombongan kami sampai di destinasi dalam pukul 7.00 pagi, perancangan nak berehat di Masjid Rusila dengar tazkirah di masjid tersebut. Ramai sangat orang disana , ketua rombongan mencadangkan kami bersarapan dahulu dan kemudian ke Masjid Kristal dan seterusnya ke Pasar Payang.

Dari Pasar Payang kami ke Home Stay tempat penginapan kami. Homestay yang aku rasa hanya untuk tidur sahaja. Memandangkan homestay tersebut tak jauh daripada Masjid Rusila , aku dan seorang rakan sembahyang disana sahaja , sempat juga berimamkan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang masa sembahyang subuh pada keesokkan harinya.


Esoknya , kami semua ke Padang Kompleks Telekom Rusila dimana sukan tersebut diadakan.

Pemandangan dari atas pentas Padang Kompleks Telekom Rusila
Align CentreKhemah Menempatkan Kontigen Pasti Melaka





Sebahagian Daripada Ahli Keluarga Yang Hadir
Bersiap Bersedia Untuk Pembarisan

Bersiap Sedia Untuk Bergerak


Megahnya Pasukan Pasti Melaka Berarak Masuk


Mendengar Ucapan Perasmian

Acara perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mulai jam 8.00 pagi. Sebelum itu perarakan masuk kontinjen negeri-negeri diberikan sambutan hangat oleh para penyokong dan penonton yang memenuhi padang Kompleks Latihan TM ini. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hassan menyampaikan ucapan aluan sebelum ucapan perasmian. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah diberikan penghormatan melakukan gimik perasmian selepas merasmikan pesta sukan ini. (http://pastipusat.wordpress.com/).
Perasmian penutup melengkapkan acara tahunan PASTI yang paling berprestij ini. Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang meluangkan masa untuk menyempurnakan acara itu. (http://pastipusat.wordpress.com/).

Bacaan Ikrar Diketuai Oleh Adik Kecil Dari Pasti Trengganu

Pasukan Pasti Melaka Bergerak Keluar Dari Padang Selepas Upacara Perasmian

Aishah Berehat Bersama Umi Selepas Upacara Perasmian

Pasukan Bola Sepak Pasti Melaka Di Kumpulan B
Pasukan Bola Jaring Pasti Melaka Di Kumpulan C

Pasukan Bola Jaring Pasti Melaka

Pasukan Bola Dan Bola Jaring Bersama Jurulatih2 Dan Pengurus Pasukan Pasti Melaka


Taklimat dan Kata-Kata Perangsang Sebelum Perlawanan Bermula


"Warm-Up" Sebelum Perlawanan

Perlawanan Pertama Dengan Pasti Trengganu , Keputusan Seri 0-0


Perlawanan Pertama Bola Jaring Dengan Pasti Kedah , Menang 3-2
Perlawanan yang sengit , Pasti Kedah mendahului 1-0 , kemudian menggikat kepada 2-2 sebelum Pasti Melaka menang dengan 3-2.

Keletihan Selepas Perlawanan Pertama

Bergambar Selepas Perlawanan Pertama

Perlawanan Dengan Pasti Wilayah Persekutuan , Pasti Melaka Menang Dengan Selesa
Kemenangan dengan Pasti Wilayah meletakkan Pasti Melaka menjadi Johan Kumpulan dan akan bertemu dengan Pasti Kelantan.

Pasukan Bolasepak Pasti Melaka juga layak ke pusingan seterusnya selepas menang 3-0 dengan Pasti Wilayah Persekutuan dan akan bertemu dengan Pasti Selangor.


Bergerak Masuk Untuk Perlawanan Dengan Pasti Kelantan, Pasti Melaka Menang.

Pasukan BolaJaring Pasti Melaka layak ke peringkat separuh akhir selepas menang dengan Pasti Kelantan. Kemenangan tidak datang dengan mudah. Pasti Melaka akan Bertemu Pasti Johor yang mempunyai rekod jaringan yang baik.

Pasukan bolasepak Pasti Melaka gagal ke peringkat separuh akhir tewas 0-1. Waluabagaimana pun tahniah untuk pasukan bolasepak Pasti Melaka kerana telah menunjukkan tahap permainan yang baik walaupun dalam serba "kekurangan".

Alhamdulillah , Pasti Melaka berjaya menewaskan Pasti Johor walaupun ketinggalan pada separuh pertama dengan 0-1. Perlawanan yang sengit dan mendebarkan. Perlawanan akhir akan bertemu dengan Pasti Trengganu - Johan tahun lepas.



Perlawanan Akhir Dengan Pasti Trengganu , Pasti Melaka Tewas

Biarpun tewas , tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring Pasti Melaka menjadi naib johan kejohanan Sukan Pasti Malaysia 2011 , biarpun ada yang tidak memberi harapan sebelum bertolak ke Trengganu. Apa yang dilihat pemain-pemain bolajaring Pasti Melaka kelihatan keletihan selepas mengharungi perlawanan yang sengit di peringkat awal. Aishah (GS) sendiri mengalami kecederaan di peha semasa di peringkat separuh akhir lagi.

Aku merasakan perlawanan dalam peringkat ni memang mendebarkan sampai ada perlawanan yang aku tidak tengok sepenuhnya...mendebarkan..dan tak dapat mengambil gambar2 jaringan dari Aishah....Kalau peringkat kawasan dan negeri taklah sengit dan mendebarkan seperti ni...
Itulah KetentuanNYA...

Kami bertolak ke Melaka selepas tamat pesta ini dan singgah di Gerai Kak Long untuk "borong" keropok dan singgah di Masjid Bukit Besi untuk mandi dan sembahyang dan berhenti lagi di R&R untuk sembahyang Magrib dan Isyak...Rasanya sampai Alor Gajah dalam pukul 12 tgh malam juga le...yang ke Jasin , Tangga Batu , Jasin dan Ayer Molek...tak tahulah pukul berapa mereka sampai...

Menanti Upacara Penutup Dan Penyampaian Hadiah

Bersiap Sedia Untuk Naik ke Pentas Menerima Hadiah Kemenangan





Menerima Hadiah Kemenangan Daripada YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang



Aishah Dengan Medal Kemenangan

Menjulang Piala Kemenangan


Keputusan Penuh


Bola Sepak Bola Jaring
Johan Perak Terengganu
Naib Johan Selangor Melaka
Ketiga Kedah Johor
Keempat Pulau Pinang Kedah
Pemain Terbaik Mohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak ) Sara Umairah bt Faisal ( G S – PASTI Terengganu )
Johan Keseluruhan Terengganu
(http://pastipusat.wordpress.com/2011/06/25/pesta-sukan-pasti-malaysia-2011/)

Tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat melatih anak-anak Pasti Melaka sehingga mereka dapat menyertai Sukan Pasti Malaysia 2011. Bukan mudah hendak mengajar dan menjaga anak2 yang berumur 6 tahun ini , banyak karenah yang perlu ditangani. Daripada membentuk pasukan untuk sukan kawasan , sukan negeri , kem pemilihan hinggalah kepada sukan Pasti Malaysia. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Tahniah dan terima kasih kepada semua.

Walau bagaimana pun aku rasa ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi daripada pemilihan pemain , kem pemilihan , semasa di Trengganu sebelum sukan bermula hinggalah kepada semasa permainan diadakan. Semoga Pasti Melaka terus berjaya dan membangun bersama Islam.

29 Mei 2011

PASTI AT-TAQWA 2 JUARA BOLAJARING SUKAN PASTI 2011 MELAKA

Assalamualaikum...

Sukan PASTI Peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 27/05/2011. PASTI AT-TAQWA 2 sekali lagi mewakili kawasan Alor Gajah setelah menjadi johan bolasepak dan bolajaring peringkat kawasan Alor Gajah tempoh hari. Sebanyak 6 pasukan bolasepak dan bolajaring mewakili 6 kawasan negeri Melaka iaitu Alor Gajah , Kota Melaka, Bukit Katil, Tangga Batu, Masjid Tanah dan Jasin.

Aku yang menjadi pemerhati memang terhibur dengan gelagat bukan sahaja pemain2 tapi penyokong2 pasukan masing2. Banyak yang boleh dipelajari daripada anak2 PASTI ni. Mereka semuanya menutup aurat semasa bersukan , komited dan berdisplin.

Keputusan Perlawanan :

Bolasepak
1. Jasin
2. Alor Gajah
3. Tangga Batu

BolaJaring
1. Alor Gajah
2. Tangga Batu
3. Masjid Tanah

Johan Keseluruhan
Alor Gajah


Sebelum pertandingan bermula , perarakan ke padang perlawanan telah diadakan . Pasukan Jasin telah diistiharkan sebagai Johan perbarisan untuk tahun ini.

Pasukan Kawasan Alor Gajah - PASTI At-Taqwa 2.


Berarak Masuk...






Pasukan-Pasukan Yang Bertanding Mewakili 6 Kawasan.


Yes...Masuk...
Masuk Lagi...
Huh..kita menang...Salam dulu...

Pasukan At-Taqwa 2 (Mewakili Kawasan Alor Gajah ) Johan Bola Jaring PASTI MELAKA 2011

Pasukan Alor Gajah Dan Kota Melaka Bergambar Sebelum Pertandingan , Alor Gajah Menang 1-0
Hebat..perlawanan ini...memang terhibur melihat kanak2 ni beraksi....tiada rasuah...tiada jual permainan..
Biar pun tidak dijanjikan dengan hadiah kemenangan , mereka berentap dengan penuh keihklasan...
Coach yang begitu komited , tali kasut bola anak PASTI tolong diikatkan.

Kemenangan ditentukan dengan tendangan penalti...professionalnya pihak pengajur...

Pertandingan Akhir Ditentukan Dengan Tendangan Penalti , Lebih daripada 5X Tendangan Terpaksa Diambil...Memang Sengit...Alor Gajah Tewas...

At-Taqwa 2 Mewakili Alor Gajah Tempat Ke-2 Dengan Hadiah Kemenangan
Jasin Johan Pertandingan Bola Sepak Tahun 2011 Dengan Hadiah Kemenangan

Aishah Penjaring Terbanyak BolaJaring Dari At-Taqwa 2
Pemain Terbaik BolaJaring Dari At-Taqwa 2

Penjaring Terbanyak Bola Sepak Dari Kawasan Jasin

Pemain Terbaik BolaSepak Dari At-Taqwa 2

Juara Keseluruhan Kejohanan PASTI Melaka Tahun 2011 Dari At-Taqwa 2 Yang Mewakili Kawasan Alor Gajah

Keputusan Bola Sepak

Keputusan Bola Sepak Peringkat Separuh Akhir - Kawasan Jasin Johan Melalui Sepakan Penalti.
Keputusan Bola Jaring Peringkat II - Alor Gajah Johan Dengan Keputusan 6-0


Keputusan Bola Jaring

Di akhir pertandingan sebahagian daripada pemain telah dipilih untuk mengikuti kem pemilihan untuk memilih pemain yang berkaliber untuk mewakili PASTI MELAKA ke SUKAN PASTI MALAYSIA 2011 yang akan diadakan di Trengganu. Semoga PASTI MELAKA berjaya membawa keputusan yang diingini disukan itu nanti. Amin.