Memaparkan catatan dengan label nangka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nangka. Papar semua catatan

15 Januari 2018

Bila Harga Buah-Buahan Tempatan Melampau

Lama dah tak update blog ni dengan post baru. Sibuk , ditambah dengan minat yang dah ke lain. In shaa Allah akan cuba update blog ni pada masa akan datang.

Dua tiga tahun ni , harga buah-buahan naik mendadak dan rasanya macam tak logik. Tiada lagi durian dijual dalam bentuk longgok semuanya ditimbang. Harga durian kampung je mencecah hingga berbelas , apa lagi jenis-jenis 101 atau Musang King mencapai sehingga RM 100/kilo.

Cempedak aje dah sampai RM 12/kg.

Itu yang membuat aku nak tanam pokok cempedak dan nangka dan rambutan diluar kawasan luar rumah.

Dibawah adalah pokok-pokok yang aku mula tanam. Aku kena ambil tindakan sebab kalau aku tanam 5 tahun lepas macam aku tanam pokok kelapa , mungkin dah dapat rasa hasilnya.

Pokok Pisang Berangan , tanam 2 pokok , satu aje yang hidup.

Pokok Cempedak


Pokok Limau Nipis , lama dah tanam.

Pokok Nangka

Satu lagi pokok Cempedak 
Mangga Epal


Pokok Kelapa yang dah lama tanam , satu dah keluar hasil


Seminggu lepas tanam , pokok nangka mati

Pokok cempedak pun mati

Daripada 3 pokok yang aku tanam , 2 mati . Memang sedih tapi aku ganti dengan pokok nangka dan pokok rambutan anak sekolah. Harap-harap dapat mengeluarkan hasil.

Pokok Nangka

Pokok Rambutan Anak Sekolah


Pokok Pisang Berangan ganti yang tak hidup.


01 April 2014

Pindah Anak Durian Ke PolyBag

Dua minggu lepas aku berkesempatan memindahkan anak-anak pokok durian dari "tapak semaian buatan aku" ke polybag. Rupanya bukan senang nak pindahkan anak-anak pokok tu. Dengan kawasan yang sempit terpaksalah aku berhati-hati bagi memastikan akar tunjangnya tak terputus.










Kalau ikutkan dah hampir 3 minggu anak-anak pokok tu dipindahkan ke polybag. 1 minggu yang pertama memang mendebarkan sebab anak-anak pokok tu nampak layu aje dan daun-daunnya keguguran. Tapi tadi bila aku perhati betul-betul , nampak daun-daun baru akan muncul. Lega rasanya.
Apa yang aku pelajari , adalah lebih bagus kalau nak semai benih pokok durian , baik terus disemaikan di dalam polybag aje.


Bunga Durian



Kalau ada rezeki , adale.



Buah nangka yang rapat ketanah. Rasanya jadi habuan ........



Putik kuinin yang gugur atas tanah




Putik buah mangga telur.

Bergugus mangga telur ni macam buah anggur


19 Ogos 2011

Bersedekah Atau Terpaksa....


Kalau musim buah pada bulan Ramadhan , selalunya tak lakulah buah2an tersebut...Musim buah2an baru2 ni , kat kebun aku ada pokok yang mengeluarkan hasilnya terutama pokok rambutan , semua pokok rambutan ( 7 batang pokok) berbuah selain cempedak , manggis dan nangka...buah durian tak ada lagi walaupun satu pokok tu aku rasa dah kat 7-8 tahun....

Buahnya tak le berapa besar....

Yang aku nak cerita ni , tentang pokok rambutan aku , daripada 7 batang hanya satu pokok aje yang boleh diambil hasilnya...yang lain di "sedekah" ke makhluk Allah SWT yang lain...ikhlas ke ???....hehehehe...yang ditinggalkan buahnya tidak le berapa besar buahnya...yang disapunya semuanya buah2nya yang sedap...pandai betul makhluk Allah tersebut..yang best aje dikebasnya..hehehe..kasian kat tuan punya kebun...berangan-angan aje...


Lebat juga buah nangka ni...Tak tahu pulak macamana rasanya...

Nangka yang tengah membesar tu tak tahulah apa nasibnya selepas ni...apakah di"sedekah" juga..Cempedak dah sempat rasa ......ingatkan besok nak tengok mana2 buah cempedak yang boleh diambil....Manggis ada sebatang dua yang baru belajar berbuah....harap2 musim akan datang berbuah lebat sikit manggis tu...

Ini aje satu pokok rambutan yang boleh rasa hasilnya....